facebook KLIK PANGKAH UNTUK TUTUP Button Close
loading...

Melampau ! Pelajar Melakukan Tidak Senonoh Ketika Cikgu Mengajar



New York – Seorang remaja lembam berusia 15 tahun dirogol di bawah meja di dalam kelasnya, biarpun ketika kejadian gurunya hanya berada beberapa kaki daripada tempat tersebut

Remaja yang hanya dikenali sebagai KJ itu didakwa telah dirogol selama 10 minit ketika guru sains sedang mengajar di dalam kelas di Akademi Martin De Porres di Elmont.

Biarpun dia meronta untuk melepaskan diri, namun setiap kali berbuat demikian, seorang pelajar lain akan memukul kepalanya.
KJ yang mempunyai IQ 60 itu merupakan satu-satunya pelajar perempuan daripada 13 pelajar yang mengikuti pelajaran di kelas berkenaan.

Meskipun dia memaklumkan kejadian itu kepada pekerja sekolah, namun pengurusan sekolah gagal membuat laporan berhubung jenayah tersebut.

Sususlan itu, ibu remaja tersebut telah mengemukakan tuntutan saman mendakwa guru kelas itu tidak mempedulikan anaknya ketika serangan berlaku.

Malah, ketika kejadian juga, salah seorang suspek menari-nari di atas meja manakala yang lain pula cuba mencabul KJ.

Menurut ibu mangsa, dia tidak berupaya untuk memindahkan anaknya daripada sekolah tersebut dengan segera, hingga menyebabkan remaja tersebut dibuli selama beberapa bulan sebelum ini.

Dalam pada itu, pengarah eksekutif sekolah itu, Ed Dana melahirkan rasa sedih denbgan insiden tersebut.

Jelasnya, satu siasatan dalaman telah dijalankan sebaik sahaja pihak sekolah mendengar mengenai kes berkenaan dan turut memecat guru terbabit
Kesian betul dekat pelajar perempuan tu..
loading...
Melampau ! Pelajar Melakukan Tidak Senonoh Ketika Cikgu Mengajar Melampau ! Pelajar Melakukan Tidak Senonoh Ketika Cikgu Mengajar Reviewed by Unknown on 12:01 pm Rating: 5
Powered by Blogger.