facebook KLIK PANGKAH UNTUK TUTUP Button Close
loading...

Taska Boleh Tak Perasan Bayi Dah Lama Mati Dihurung Semut?




Jika ada yang masih ingat, pada Januari 2013 seorang bapa menyebarkan di laman sosial/blog kes penderaan anaknya di sebuah taska di Putrajaya.


Bapa tersebut menceritakan bagaimana anaknya berusia 10 bulan dilempang pengasuh taska berkenaan tanpa belas kasihan.



Untuk membaca luahan bapa ini sila klik >>>TASKA PUAKA

Turut dikongsikan di sini adalah wajah pemilik taska terbabit.



Tup-tup kelmarin, di taska sama nyawa seorang bayi yang baru berusia 3 bulan melayang.

Apa yang dikesalkan keadaan bayi yang sudah tidak bernyawa hanya disedari ibunya sendiri ketika datang untuk mengambil si kecil jam 5.30 petang.

Bayangkan betapa luluhnya hati si ibu apabila melihat Nur Imna Khalisa bukan sahaja sudah kaku dan biru tidak bernyawa malah semut didapati menghurung bahagian leher dan dada bayi. Kening dan dagu bayi juga dikatakan lebam.

Ini menandakan bayi tersebut sudah meninggal dunia lebih dua jam tanpa disedari sesiapa pun sebelum ibunya sendiri perasan!

Pengasuh taska hanya menangis dan memberitahu mereka tidak menyedari kejadian ini apabila ditanya ibu bapa bayi malang tersebut, Muhamad Zamri Anuar dan Nafisah Ahmad Jauhari.

Difahamkan mayat Nur Imna sudah selamat dikebumikan di Gopeng, Perak selepas selesai proses bedah siasat semalam.

Bagaimana pun keputusan bedah siasat masih dinantikan untuk memastikan punca kematian.

Di bawah, kami kongsikan status Facebook bapa saudara bayi ini:



Jika benar bayi ini diabaikan hingga meninggal dunia dalam keadaan sebegini rupa tak marah bukan?

Apa pun berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Semoga ibu bapa Nur Imna tabah menerima dugaan berat ini.

Bagi pihak berkenaan, tolonglah ambil berat setiap aduan diterima kerana kes kematian di pusat jagaan bukan sekali ini berlaku di Malaysia. - MYNEWSHUB
loading...
Taska Boleh Tak Perasan Bayi Dah Lama Mati Dihurung Semut? Taska Boleh Tak Perasan Bayi Dah Lama Mati Dihurung Semut? Reviewed by Unknown on 2:33 pm Rating: 5
Powered by Blogger.