WAJIB TAHU !!! 15 Rahsia Wanita Yang Lelaki Wajib Tahu No1 10 13 PALING TAK BOLEH BUAT
#Kaum wanita memang suka berahsia. Kadang kala apa yang mereka luahkan tidak sama dengan apa yang ada dalam hati. Biarpun berkata tidak ada apa-apa tetapi hati menangis kerana terluka. Senyuman di bibir tidak semestinya bahagia kerana mungkin jauh di sudut hati dia sedang merana.
#Bagi orang lelaki, wanita dianggap sebagai individu yang sukar difahami. Orang lelaki selalu cuba sedaya upaya untuk mengorek rahsia hati wanita. Jadi untuk memudahkan kaum lelaki lebih memahami hati wanita yang dicintai, di bawah ini dikongsikan beberapa rahsia wanita yang lelaki wajib tahu
1) #Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih namun ketika itu dia tidak menitiskan airmata, bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2) Bila seorang wanita tidak menghiraukan anda selepas anda telah menyakiti hatinya, lebih baik anda beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum anda menegur dengan ucapan maaf.
3) #Wanita sukar nak cari benda yang dibenci tentang orang yang paling dia sayang. Mungkin disebabkan itu ramai wanita yang patah hati apabila hubungan bersama pasangan putus ditengah jalan.
4) Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seseorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa berada dalam fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar bersama teman-teman lain.
5) Seorang wanita mudah cair bila lelaki yang disukai atau dicintai merenung matanya.
6) Wanita memang sukakan pujian tetapi selalunya tidak tahu bagaimana hendak menerima pujian tersebut.
7) Sekiranya anda tidak suka dengan wanita yang mencintai anda separuh mati, belajar untuk tolak cintanya dengan lembut dan berhati-hati kerana hati wanita ibarat kaca yang bila telah retak seribu memang sukar untuk dirawat semula.
8) Jika seorang wanita mula menjauhkan diri dari anda selepas anda menolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya anda masih ingin menganggap dia sebagai seorang kawan cubalah tegur dia secara perlahan-lahan.
9) Wanita lebih suka meluahkan apa yang mereka rasa sama melalui muzik, puisi, lukisan atau tulisan kerana pada meraka itu adalah cara termudah untuk meluahkan isi hati.
10) Jangan sesekali beritahu seorang wanita bahawa dirinya langsung tak berguna kerana itu akan membuatkan hatinya menjadi sangat terluka.
11) Bila lelaki bersikap terlalu serius ia boleh mematikan mood seseorang wanita. Jadi bila bersembang dengan seorang wanita, pastikan anda selitkan dengan sedikit gurau senda.
12) Bila pertama kali lelaki yang dicintai dalam diam memberi respon positif, contohnya menghubungi wanita tersebut melalui telefon, wanita tersebut akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik sahaja talian dimatikan, dia akan tersenyum sendirian dan tidak sampai 10 minit selepas itu semua rakan-rakan rapatnya akan diberitahu tentang berita tersebut.
13) Seukir senyuman dari seorang lelaki membawa seribu makna bagi seorangwanita. Jadi jangan senyum sembarangan.
14) Jika anda menyukai seseorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam sebelum anda meluahkan rasa cinta.
15) Akhir sekali, jika seseorang wanita memberi seribu alasan setiap kali anda mengajak untuk berjumpanya, baik anda lupakan sahaja niat untuk bersamanya kerana itu adalah tanda dia tidak berminat dengan anda.
loading...
WAJIB TAHU !!! 15 Rahsia Wanita Yang Lelaki Wajib Tahu No1 10 13 PALING TAK BOLEH BUAT
Reviewed by azaril
on
7:02 pm
Rating: