facebook KLIK PANGKAH UNTUK TUTUP Button Close
loading...

Rahsia Patung Rasaksa Di Pulau Easter Yang Menjadi Misteri Hingga Kini

Deretan patung batu raksasa,  berusia 400 tahun di sepanjang garis pantai Easter Island, atau Pulau Paskah, telah lama memukau manusia.

Patung ini menjadi misteri kerana tidak diketahui asal usul dan siapa yang membinanya. Sebahagian orang bahkan menyatakan kewujudannya adalah bukti pengaruh alien atau makhluk ekstrateresterial.

Sebuah teori muncul, bahawa patung-patung besar seberat 74 tan dan tinggi sekira 10 meter boleh "berjalan". Tuntutan kontroversi terbaru ini menjelaskan bagaimana karya Megalitikum itu berada di kedudukannya ketika ini.

Akibatnya, terjadi eksploitasi berlebihan Pulau Rhe. Konon, masyarakat Rapa Nui menggondolkan hutan di sana demi memenuhi obsesi mereka mendirikan patung megah para leluhur.

Seperti yang dijelaskan oleh Nature, Carl Lipo, ahli arkeologi dari California State University, Long Beach menyatakan bukti-bukti arkeologi yang ada tidak menyokong hipotesis adanya eksploitasi berlebihan di atas.

Di sisi lain, ada banyak moai rosak di sepanjang jalan, yang diduga jatuh dan sengaja ditinggalkan, yang menguatkan bukti bahawa mereka dipindahkan ke seluruh pulau secara menegak.

Profesor Lipo dan Terry Hunt, ahli arkeologi dari University of Hawaii, Honolulu, lalu menguji hipotesisnya dengan menggunakan model konkrit yang ukurannya sama dengan patung yang asli.







loading...
Rahsia Patung Rasaksa Di Pulau Easter Yang Menjadi Misteri Hingga Kini Rahsia Patung Rasaksa Di Pulau Easter Yang Menjadi Misteri Hingga Kini Reviewed by azaril on 10:15 pm Rating: 5
Powered by Blogger.