facebook KLIK PANGKAH UNTUK TUTUP Button Close
loading...

Aku Bawa Kopi Dan Pakcik Tu Bawa Nasi Lemak. Apa Yang Berlaku Selepas Itu Buat Aku Tertanya² !!! Kenapa Jadi Macam Tu..!!!

Tak sangka, pagi itu adalah sarapan yang amat bermakna dalam hidup aku selama ini. Apa yang kita faham tentang konsep rezeki. Mungkin cerita ini bakal MENGUBAH persepsi kita.


Perkara ini berlaku pada suatu pagi.

Disebabkan bosan makan di hotel Sungai Petani pada pagi itu, aku keluar mencari kedai makan Melayu. Ubah selera.

Sayang sekali, cuma kedai francais runcit 24 jam sahaja yang buka. Alhamdulillah, mungkin itu sajalah rezeki aku pagi itu, secawan kopi panas 3 in 1 dan sebungkus roti.

Keluar saja aku dari kedai itu, baru aku perasan ada warung Melayu nun tercorok di hujung teres kedai. Segera aku menapak ke situ.

Dengan kopi panas, aku duduk di salah satu meja.
Selang dua ke tiga minit, seorang pakcik berumur linkungan 50-an segak kemas berkemeja turut duduk di hadapan aku.

“Teh tarik satu.” Pesan pakcik itu.
Aku berbaju Melayu dan dia pula berpakaian pejabat, itu bezanya kami.
Namun, dia membawa sebungkus nasi lemak sedang aku secawan kopi. Nampak? Kami berdua bawa makanan dan minuman dari luar. Itu persamaan kami.

Tiada apa yang kami bualkan.
Sampailah saat masing-masing bangkit tinggalkan kerusi, pakcik itu memanggil pelayan.
“Kira sekali, tauke.” Sambil tunjukkan jarinya pada pinggan aku.
Aku tersipu-sipu. Rezeki tak boleh ditolak, itu prinsip aku.

Tapi, ternyata fahaman aku tentang rezeki ada silapnya juga.
“Ok, ini pulak untuk nasi lemak saya dan kopi dia.” Pakcik itu menambah jumlah bayaran pada bil di tangan pelayan itu.

Aku terkejut. Pakcik itu bukan setakat bayar apa yang kami berdua pesan, tapi termasuk juga kopi aku dan nasi lemaknya yang tidak dipesan.

Dalam terpinga-pinga, pelayan itu pun mengambil bayaran dari pakcik tersebut.
Kami sama-sama berjalan keluar dari kedai dan aku ambil peluang ini dengan berkata,
“Pakcik, saja nak tanya. Kenapa bayarkan sekali kopi saya dan nasi lemak pakcik?”

“Oh, nasi lemak saya dan kopi kamu itu, patutnya jadi rezeki dia pagi ini. Tapi, sebab kita ‘sulah’ potong itu rezeki, jadi kita kena gantilah.”
Akalku tertampar. Penjelasan yang ‘mengajar’ sekali.
Kami berhenti di tempat keretanya bertapak.

Sebelum kami berpisah, sempat aku berkata begini,
“Pakcik, baguslah cara berfikir macam tu. Mana pakcik belajar?”
Sambil pintu keretanya dibuka dia berkata,

“Kita selalu masuk hotel lima bintang, kita nampak situ ada tulis ‘’Outside Food Not Allowed’. Di kedai makanan segera dan restoran besar juga ada. Kita pun ikut itu tatacara, sebab kita hormat itu tuan kedai. Kita tahu itu tatacara, tujuan dia nak ‘pertahankan’ rezeki anak-anak buah dia.”

“Kopi you dan nasi lemak I, patutnya jadi rezeki dia, tapi kita bawa dari luar. Kalau itu macam kedai besar pun kita mau jaga, ini warung gerai pun kita patut layan sama.”
Ini suatu yang amat besar di dalam hidup aku.
Saban hari, kita perjuangkan.

“Ini rezeki aku.”
“Ini mata pencarian kami.”
“Jangan ganggu periuk nasi kami.”
Tapi, tidak sesaat pun walau semili-saat sekalipun, terlintas di hati kita, apakah pernah selama ini ada bahagian orang lain yang sedang kita pijak?
1) Kita biarkan meja tidak dilap sewaktu tinggalkan premis, kononnya nak bagi pelayan ada kerja, sedang kita tak tahu berapa cukupkah rehatnya dia semalaman?

2) Kita lepak berjam-jam di meja makan untuk urusan sia-sia, tapi perasankah kita orang lain masih menanti meja, bukankah itu untung tuan kedai yang kita tangguhkan?
3) Kita berlama-lama sewaktu proses berjual-beli, hebatlah kita menguji skil penjual itu sedangkan telah seharian penjual mengharap secubit nasi untuk disuapkan?
4) Kita merayu melutut saat meminjam, kemudian kita bangga tayangkan gembira, padahal tidak kita sedari yang beri pinjam itu berasnya juga dicatu?
Bilakah kali terakhir kita fikirkan rezeki orang lain yang telah kita tangguhkan?
Kita katakan, rezeki manusia masing-masing. Tapi, kita sendiri lupa adakah kita juga menindas insan lain?

Bukannya soal berapa banyak yang telah masing-masing usahakan. Tetapi, sudah berapa banyakkah yang telah kita ambil dari orang lain tanpa sengaja? Inilah persoalan dari jiwa seorang yang punyai iman.
“Dan Tuhan melahirkan kamu dari perut ibumu tanpa mengetahui apa-apa pun. Dan (kemudian) diberinya kamu pendengaran, penglihatan dan hati supaya kamu bersyukur – berterima kasih.” – (An-Nahl, 78)
Semoga hati kita terus di’celik’kan oleh Allah dan mata kita masih ‘cekap’ melihat perilaku kita sendiri.

Sumber : Al Irfan Jani
loading...
Aku Bawa Kopi Dan Pakcik Tu Bawa Nasi Lemak. Apa Yang Berlaku Selepas Itu Buat Aku Tertanya² !!! Kenapa Jadi Macam Tu..!!! Aku Bawa Kopi Dan Pakcik Tu Bawa Nasi Lemak. Apa Yang Berlaku Selepas Itu Buat Aku Tertanya² !!! Kenapa Jadi Macam Tu..!!! Reviewed by suka hati on 4:03 pm Rating: 5
Powered by Blogger.