Dajjal Menanti Ketika Surutnya Tasik Galilee
Berdasarkan Sahih Muslim, terdapat sebuah kisah sahabat #Rasulullah SAW bernama #Tamim Ad-Dari yang berlayar bersama kumpulannya sebelum tersesat dan terdampar di sebuah pulau.
Sebaik tiba di pulau asing itu, #Tamim dan sahabatnya terjumpa sebuah gua. Sebaik memasuki gua tersebut, mereka bertemu sejenis makhluk gergasi yang sedang dirantai kaki dan tangannya.
Tamim dan para sahabatnya lantas bersoal jawab dengan makhluk gergasi tersebut yang masih terbaring. Makhluk gergasi itu bertanya #Tamim adakah Tasik Tiberia masih dipenuhi air?
Jawab Tamim dan sahabatnya, "Ya, masih dipenuhi air."
Lantas makhluk itu menjawab, "Tidak lama lagi airnya akan kering."
Pada akhir soal jawab itu, makhluk gergasi itu memperkenalkan dirinya kepada Tamim, "Akulah Dajjal!"
#Dajjal memberitahu dia akan keluar dari gua persembunyian setelah tiba masanya kelak apabila tasik itu kering kontang.
Ya, Tasik Tiberia yang dinyatakan dalam kisah ini sebenarnya merujuk kepada Tasik Galilee berdekatan #Bukit Golan, yang terletak dalam wilayah Israel.
Keluasan tasik itu terbentang sehingga 166 kilometer manakala kedalamannya pula mencecah sehingga 42 meter. Pada paras 209 meter di bawah paras laut, ia merupakan tasik air tawar terbesar di Timur Tengah dan merupakan kawasan terendah di muka bumi ini.
Kerana keistimewaan itulah, sejak zaman berzaman, tasik ini sering menjadi rebutan. Akhirnya, usaha kaum Yahudi sejak sekian lama untuk merebut tasik ini dari genggaman orang Islam, berjaya.
Sebenarnya, kisah keringnya air tasik ini sudah dinyatakan sejak sekian dahulu. Dan kini, fenomena itu sudah mula berlaku. Malah, kisah pengeringan Tasik Galilee juga ada disebut dalam hadis yang mengaitkan tentang Yakjuj dan Makjuj.
Saat akan tiba keringnya Tasik Galilee, petanda bermulalah era Dajjal laknatullah. Ketika itu juga bermakna disusuli dengan kedatangan Nabi Isa dan Imam Mahadi sebagai penyelamat akhir zaman.
Kita tidak perlu bertelagah dalam soal ini. Saatnya pasti akan tiba. Cuma, perhatikan saja paras air Tasik Galilee dari masa ke semasa.
Sejak tahun 2000, paras airnya turun dengan pantas. Malah terdapat beberapa kawasan yang satu ketika dahulu dipenuhi air, kini telah mula kering kontang dan ditumbuhi rumput dan semak samun.
Sewaktu airnya kering sehingga ke dasarnya, sudah pasti perkhabaran besar seperti yang disebut Allah dan Rasulullah tentang ketibaan Dajjal pasti akan berlaku.
Sabda Rasulullah SAW, "Wahai manusia, sesungguhnya tidak ada fitnah yang lebih besar di muka bumi ini sejak penciptaan Adam yang melebihi fitnah Dajjal. Dan bahawasanya, tidak ada satu Nabi pun yang diutus oleh Allah tidak mengingatkan umatnya tentang fitnah Dajjal, sedangkan aku Nabi yang paling akhir. Ingatlah, tidak dapat diragukan lagi Dajjal itu pasti akan datang di kalangan kamu." (Hadis riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah).
Jadi, adakah kita hanya sekadar merenung paras air di tasik ini yang kian pantas tahap pengeringannya?
Atau, kita hendaklah beribadat sebanyak-banyaknya sebelum tibanya Dajjal dan kemusnahan hari Kiamat!
Sumber : http://www.sentiasapanas.com
loading...
Dajjal Menanti Ketika Surutnya Tasik Galilee
Reviewed by Unknown
on
1:03 am
Rating: