facebook KLIK PANGKAH UNTUK TUTUP Button Close
loading...

Penyokong The Red Warriors Maut Kemalangan, Tidak Sempat Lihat Anak Sulung

Seorang penyokong pasukan bola sepak The Red Warriors (TRW), Kelantan maut dalam kemalangan jalan raya pada awal pagi semalam. Kemalangan yang dilaporkan berlaku di Kilometer 105, Jalan Kota Bharu-Gua Musang, di Kampung Lakloh mengakibatkan kereta Perodua Viva yang dipandunya remuk.

Penyokong The Red Warriors Maut Kemalangan, Tidak Sempat Lihat Anak Sulung

Mangsa, Afif Asyraf Yahya, 28 tahun yang juga merupakan seorang guru tahfiz meninggal di tempat kejadian sementara sepupunya Amiruddin Nawi, 29 tahun cedera parah dan dirawat di Hospital Kuala Krai.

Difahamkan kejadian yang berlaku pada pukul 6 pagi itu berpunca daripada kenderaan yang dipandu oleh arwah Afif hilang kawalan.

Akibatnya kereta mangsa terbabas ke laluan kiri sebelum berlanggar dengan sebuah lori muatan kelapa sawit dari arah bertentangan. Kereta mangsa turut dilanggar sebuah MPV Perodua Alza dari arah belakang.

Penyokong The Red Warriors Maut Kemalangan, Tidak Sempat Lihat Anak Sulung
Keadaan kereta Viva yang remuk teruk.

Menurut kakak mangsa, Norzila Yahya, 48 tahun, ini merupakan kali pertama adiknya pergi ke stadium Bukit Jalil bagi sama-sama memberikan semangat kepada pasukan bola sepak Kelantan menentang Lions X11 final piala FA Sabtu lalu.

Menurutnya juga, ibu mangsa pernah berpesan agar membatalkan niatnya untuk ke sana memandangkan isterinya kini seang sarat mengandung anak pertama.

Penyokong The Red Warriors Maut Kemalangan, Tidak Sempat Lihat Anak Sulung

"Emak menghalang adik ke Kuala Lumpur kerana isteri adik sedang sarat mengandung anak sulung dan dijangka bersalin dalam tempoh masa terdekat," katanya.

Jenazah Afif selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kubang Kachang 2.30 petang semalam. -sensasi.org-
loading...
Penyokong The Red Warriors Maut Kemalangan, Tidak Sempat Lihat Anak Sulung Penyokong The Red Warriors Maut Kemalangan, Tidak Sempat Lihat Anak Sulung Reviewed by Unknown on 1:24 am Rating: 5
Powered by Blogger.