Ibu kami belum sedia jumpa Yana FMC'
- Dari kiri: Ibu Nova Safitri, Wirda Syamsudin, 52, dan Normah di rumah keluarga Allahyarham di Taman Batu Muda. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
] Ibu Allahyarham Fairuz Nizam Husin, Normah Toso, 65, enggan bertemu dengan seorang ahli kelab Familia Myvi Club (FMC) yang dikenali sebagai Yana FMC seperti yang diatur, petang semalam.
Difahamkan sebelum itu, pertemuan telah disahkan wakil FMC akan dilakukan di kediaman keluarga Allahyarham di Taman Batu Muda, di sini, kira-kira jam 5.30 petang.
Salah seorang ahli keluarga yang ditemui memaklumkan, satu pertemuan secara terbuka diadakan untuk Yana menjelaskan keadaan sebenar setelah keadaan kembali pulih.
“Buat masa ini mak belum lagi bersedia dan biarlah keadaan reda serta emosinya kembali stabil,” katanya.
Menurutnya, ahli keluarga mahu permohonan maaf dilakukan secara terbuka apabila keluarga sudah bersedia.
Katanya, emosi keluarganya sedikit terganggu dengan kenyataan melalui aplikasi WhatApps dipercayai oleh Yana yang tersebar dalam laman sosial.
Difahamkan antara kenyataan Yana dalam sebuah grup WhatApps yang menyinggung perasaan keluarga Allahyarham antaranya 'Yana dh (sudah) lega sikit sbb (sebab) JPJ Putrajaya dan ketua polis bukit aman tau Yana ada orang dlm (dalam)'.
Sementara itu, selepas lima hari kejadian itu, kediaman keluarga Allahyarham beransur lengang, namun masih menerima kehadiran tetamu antaranya wakil penyampai radio Hot FM dan Era FM.
Kemalangan yang berlaku di Kilometer 6.2, Lebuhraya Duta-Ulu Klang (Duke), awal pagi Sabtu itu mengorbankan Fairuz Nizam, 35, bersama isterinya Nova Safitri Azhari, 27, dan bayi mereka berusia 7 bulan, Nur Firuza Annisa.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.05 pagi itu, kereta Pajero yang dinaiki mereka berlanggar dengan dua buah Myvi sebelum terbalik.
Fairuz Nizam disahkan maut di tempat kejadian sementara isterinya, Nova Safitri dan bayinya, Nur Firuza Annisa yang turut tercampak ke jalan raya dilaporkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Kuala Lumpur.
http://www.sinarharian.com.my/semasa/ibu-kami-belum-sedia-jumpa-yana-fmc-1.387562
loading...
Ibu kami belum sedia jumpa Yana FMC'
Reviewed by Unknown
on
12:46 am
Rating: