SAMI BENCIKAN ROHINGYA
##NAYPYITAW – Ketika masyarakat antarabangsa mengkritik Myanmar kerana diskriminasi ke atas etnik Rohingya, sekumpulan rakyat negara itu mengadakan bantahan terhadap usaha junta menerima balik komuniti tersebut.
#Stesen milik pemerintah Singapura, Channel NewsAsia pada Rabu melaporkan, kumpulan terdiri daripada rakyat berfahaman tegar & sami Buddha, mengadakan perhimpunan terbesar di ibu kota lama Myanmar, Yangon.
#Mereka berkumpul bagi menyuarakan protes terhadap tekanan pihak luar terutama negara-negara Islam, seperti Malaysia supaya para pelarian Rohingya dihantar kembali ke negara itu dan diserap sebagai warganegara sah.
#Kumpulan pelampau itu turut mengadakan perarakan ke sebuah stadium di bandar raya tersebut, sebelum pemimpin mereka memberi ucapan awam yg menggalakkan lebih ramai membantah kewujudan Rohingya.
#Mereka juga menyelar usaha badan antarabangsa melaksanakan program penghantaran pulang etnik Muslim tersebut & menyifatkan minoriti itu pendatang asing tanpa izin itu ke negara yg dulunya disebut Burma.
#Para penunjuk perasaan itu menyuarakan bantahan mereka terhadap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan pihak media asing yg melaporkan tentang isu krisis pendatang Rohingya di rantau Asia Tenggara.
#Mereka mendakwa kononnya kebanyakan pendatang adalah dari Bangladesh & bukan Myanmar, serta cuba menakluki wilayah Arakan; kini Rakhine, sejak zaman penjajahan British sebelum Perang Dunia Kedua.
#Pelampau agama tersebut menambah, junta Myanmar tidak sepatutnya dipaksa utk menjaga kebajikan etnik Rohingya dgn memberi kad putih sebagai dokumen rasmi pengenalan diri & hak kewarganegaraan sah.
#Kumpulan ribuan sami Buddha ini dgn jubah warna maroon pernah menganjurkan protes sebelum ini dlm pelbagai isu domestik, namun kali ini fokus mereka lebih kepada gerakan anti-Rohingya....
loading...
SAMI BENCIKAN ROHINGYA
Reviewed by Unknown
on
7:38 pm
Rating: