facebook KLIK PANGKAH UNTUK TUTUP Button Close
loading...

FAKTA MENARIK !!! Anak Sulung, Anak Kedua & Bongsu Yang Perlu IbuBapa Atau Anda Tahu





Fakta Anak Beranak Mengikut Peringkat Kelahiran

Anak beranak atau adik beradik merupakan ciptaan tuhan yang barang kali disusun atau diatur mengikut tempoh kelahiran yang berselang seli.


Anak Sulung/Anak Pertama
Anak sulung merupakan cahaya mata pertama di dalam keluarga dan menjadi tumpuan kasih sayang dan perhatian ibu bapa…sehinggalah kedatangan adik baru….namun apabila mereka meningkat remaja, mereka lebih pandai membawa diri masing-masing dan sanggup berkorban demi demi adik-adik. …

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :
* anak sulung dikaitkan dengan sikap pelindung, suka bertolak ansur, serta ego.
* sering berjaya dalam hidup.
* lebih pandai mengambil hati orang tua.
* mempunyai nilai tanggung jawab yang tinggi.

Anak Tengah

Biasanya anak tengah lebih pelik sedikit dari anak-anak yang lain. mereka lebih gemar berdikari dan membuat hal sendiri. ini kerana mereka adalah antara yang paling kurang ‘favourite’ di kalangan adik-beradik yang lain. seringkali mereka juga terasa terpinggir dalam banyak hal mereka merasakan diri mereka dipaksa untuk mengalah kepada si sulung atau si bongsu. sebab itu di kalangan mereka juga kadangkala mudah dilanda tekanan. oleh itu, anak tengah juga cuba untuk melakukan yang terbaik bagi diri mereka tanpa mengharapkan bantuan orang lain.

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :
* lebih berdikari berbanding dengan si sulung atau adik beradik yang lain.
* lebih percaya dengan keyakinan sendiri.
* suka mencuri perhatian dengan cara tersendiri.
* sering merasakan diri mereka terpinggir.
* terlalu mengalah.

Anak Bongsu

Mendengar ungkapan anak bongsu saja cukup memadai untuk membuat tafsiran bagaimanakah sikap anak bongsu. mereka sering digambarkan sebagai seorang yang manja dan besar kepala dan mahukan orang lain mengikut kehendak mereka sahaja. mereka perlukan orang lain untuk melakukan apa saja dalam hidup. sering dikatakan mereka kurang berjaya dalam hidup memandangkan sikap ketidakpercaya ibu bapa terhadap mereka. biarpun mereka berjaya namun sikap ibu bapa sendiri membuatkan hidup mereka terbatas. mungkin ibu bapa sentiasa berasakan anak bongsu memerlukan perlindungan mereka buat selama-lamanya.

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :
* happy go-lucky dan yakin diri.
* manja.
* berkeinginan dan bercita-cita tinggi.
* sukar membuat keputusan sendiri
loading...
FAKTA MENARIK !!! Anak Sulung, Anak Kedua & Bongsu Yang Perlu IbuBapa Atau Anda Tahu FAKTA MENARIK !!!  Anak Sulung, Anak Kedua & Bongsu Yang Perlu IbuBapa Atau Anda Tahu Reviewed by suka hati on 4:06 pm Rating: 5
Powered by Blogger.