(HOT VIRAL) : RM32,800 Adalah Sebut Harga Sahaja' - Pengusaha Pusat Perubatan Beri Penjelasan... MEMANG KORANG TAK JANGKA APA YANG AKAN DIJAWABNYA.
JASIN - Susulan viral sebuah pusat perubatan Islam yang mengenakan caj mahal kepada pelanggan, beberapa anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) segera membuat siasatan terhadap pengamal perubatan berkenaan.
"Jumlah RM32,800 yang tertera pada resit itu adalah sebut harga. Mengapa orang ramai tidak melihat jumlah sebenar yang yang dibayar?" kata pengusaha pusat perubatan berkenaan yang berusia 40'an itu yang ditemui oleh wartawan Harian Metro.
Menurutnya, isu itu tidak sepatutnya timbul kerana dia sedia berunding dengan keluarga pesakit berkenaan. Salah faham itu dipercayai berlaku kerana rasa tidak puas hati anak pelanggannya, sedangkan dia sudah memberikan penerangan mengenai bayaran kos perubatan yang akan dikenakan.
"Jumlah RM32,800 adalah kos keseluruhan bagi penyakit yang dihidap oleh ibu lelaki yang viralkan perkara ini. Ibunya menerima rawatan urat saraf dan membuang sihir patung berjasad, untuk itu kami kenakan caj RM5,100.
"Itupun saya sedia berunding dengannya hinggakan dia hanya membayar tunai RM300 selain memajak seutas rantai tangan yang didakwa bernilai RM4,800. Namun, selepas saya bawa ke kedai emas untuk dinilai, rantai tangan itu hanya bernilai RM1,700 sahaja. Tetapi kami tidak sebarkan hal sebegini di media sosial seperti yang dilakukan oleh lelaki itu," katanya.
Berkata kepada Harian Metro, dia mengusahakan pusat perubatan itu bersama dengan isterinya dan sebut harga itu dikeluarkan kerana pusat perubatan mereka itu berlesan dan didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
"Sepanjang dua tahun mengusahakan pusat perubatan ini, belum pernah lagi saya mengenakan caj penuh mengikut sebut harga. Malah ada dalam kalangan pesakit yang kurang berkemampuan yang tidak dikenakan bayaran," katanya. Jelasnya lagi, dia sebelum ini berguru dengan seorang kiai yang berasal dari Riau, Indonesia ketika menetap di Sarawak pada 1997. Malah tidak pernah menggunakan jampi serapah ketika merawat pesakit, sebaliknya membacakan ayat suci Al-Quran.
Ekoran viralnya perkara itu, pasangan berkenaan akan diapnggil untuk bertemu dengan Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka dalam masa terdekat untuk membuktikan amalan perubatan mereka berlandaskan sunnah di depan mufti negeri. Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) berkata, dalam perubatan Islam, caj yang dikenakan ke atas pesakit tidak boleh membabitkan amun yang tinggi sehingga membebankan.
Sementara itu, KPDNKK telah menjalankan siasatan dan mendapati pengusahakan pusat perubatan itu tidak melakukan kesalahan kerana telah memberikan sebut harga untuk rujukan pelanggan untuk membuat pilihan sama ada untuk tidak mendapat rawatan di situ.
loading...
(HOT VIRAL) : RM32,800 Adalah Sebut Harga Sahaja' - Pengusaha Pusat Perubatan Beri Penjelasan... MEMANG KORANG TAK JANGKA APA YANG AKAN DIJAWABNYA.
Reviewed by suka hati
on
3:30 pm
Rating: