(VIRAL RAKYAT) : 'Patutlah Tak Nak Lapor Polis, Rupa-Rupanya Dia Buat Naya Pada Anak Sendiri!'
Luahan yang dimuat naik oleh Puan Nurul Kasmadillawati Zakaria yang dihantar oleh 'followernya' di laman Facebook itu, mencetuskan pelbagai reaksi netizen.
"Saya kongsikan untuk tatapan anda semua. Naluri seorang ibu sangat kuat. Kalau terdetik dalam hati ada sesuatu yang tidak kena, jangan dibiarkan. Semoga menjadi pengajaran," katanya. Menurut wanita yang tidak didedahkan namanya itu berkata, anak perempuannya tidak pernah dihantar ke taska, sebaliknya dihantar ke rumah mertuanya untuk dijaga bersama dengan anak saudara yang lain semenjak dari kecil hinggalah besar.
"Ada sekali pampers anak saya berdarah dan dia menangis. Saya tunjuk pada suami tetapi suami kata, kemaluan anak perempuan berdarah itu adalah perkara biasa sahaja. Tetapi anak saya menangis menahan kesakitan dan sudah banyak kali terjadi.
"Saya maklumkan pada suami bahawa apa yang berlaku pada anak, bukan normal. Saya mengesyaki ada orang menjolok kemaluan anak saya.
"Si suami pun bertanya pada ibunya dan memaklumkan bahawa dia tidak mengetahui apa-apa. Malah saya turut bertanya pada anak saudara lelaki yang lepak di rumah ibu mertua agar jangan mengacau anak saya, namun mereka semua tidak mengaku," katanya.
Disebabkan hal itu, dia dimarahi oleh suami dan memberikan amaran, jika dia mengadu sekali lagi tentang hal itu, dia akan menjatuhkan talak terhadapnya.
"Anak saya selalu kata 'Akit! Akit!' (sakit). Hati ibu mana yang tak sedih? Saya tak ada tempat nak mengadu dan terpaksa pendam seorang diri," luahnya. Malah, dia pernah cuba untuk berhenti kerja namun dihalang oleh suaminya. Tindakan lelaki itu seolah-olah dia tidak kisah dengan apa yang berlaku pada anak mereka.
"Mungkin sebab anak duduk di rumah ibu dia, yang ada pun anak saudara dia. Dia mungkin tak mahu memanjangkan cerita," katanya yang masih bersangka baik pada masa itu.
Pernah cuba menghantar anak ke tempat lain, namun dihalang oleh suaminya kerana tidak percaya dengan orang lain. Memandangkan tiada pilihan, dia terpaksa menghantar anaknya ke rumah ibu mertua.Suaminya itu tidak pernah membantu menguruskan anak sejak dari kecil, apatah lagi menolong memandikan anak mereka.
"Saya doa banyak-banyak, minta tuhan tunjuk pada saya apa yang terjadi sebenarnya. Berbulan-bulan saya bersabar dan satu hari tuhan tunjuk pada saya.
"Satu hari saya dengar dia cakap benda pelik dan tak perlulah saya ceirta apa. Tetapi saya mula syak sesuatu. Suami saya tak pernah sentuh pampers anak, tetapi bagaimana dia tahu ada tahi lalat di punggung anak? Sedangkan tengok punggung anak pun tak pernah.
"Saya siasat dan tanya anak, apakah ayah dia pernah buka seluarnya? Anak saya mengakui ayahnya ada berbuat demikian. Meraung saya! Patutlah dia tidak mahu saya bising dan tak nak saya buat laporan polis. Rupa-rupanya dia yang buat naya pada anak sendiri," katanya.
Difahamkan, wanita itu kini telah keluar dari rumah dan menetap di rumah ibunya sendiri dan sedang dalam proses perceraian.
"Saya dah berhenti kerja, block suami dari di telefon, WhatsApp dan Facebook. Saya nak cari hidup baru," katanya. - The Reporter
loading...
(VIRAL RAKYAT) : 'Patutlah Tak Nak Lapor Polis, Rupa-Rupanya Dia Buat Naya Pada Anak Sendiri!'
Reviewed by suka hati
on
6:35 pm
Rating: