WANITA BERSUAMI WAJIB BACA... !!! SUAMI MELARANG ISTERI DARI MENZIARAHI DUA IBU-BAPANYA.. ADAKAH SAYA DIKIRA MENDERHAKA KEPADA SUAMI JIKA MELANGGARNYA..
Soalan; Adakah harus suami dengan sengaja –yakni tanpa sebab yang munasabah- melarang isteri dari pulang menjenguk ibu/bapanya, lagi pula mereka telah tua dan sakit?
Jawapan;
Berbuat baik kepada dua ibu-bapa merupakan tuntutan yang besar dalam Syariat Islam, begitu juga menghubungkan silaturrahim.
Maka suami sebagai ketua keluarga, wajib mendorong isteri supaya melaksanakan tanggungjawabnya, bukan menghalangnya. Suami yang menghalang isteri dari menziarahi ibu atau bapanya (tanpa suatu sebab yang munasabah) –apatahlagi mereka telah tua dan sedang sakit- dia telah melakukan beberapa dosa;

1. Dosa menghalang isteri dari menunaikan kewajipan kepada ibu-bapanya,
2. Dosa menyebabkan terputusnya silaturrahim (ikatan kekeluargaan) antara isterinya dan keluarganya.
3. Dosa tidak melayani isteri dengan cara yang sepatutnya.
Allah berfirman;
“Dan Tuhanmu telah memerintahkan; janganlah kamu semua menyembah melainkan Dia dan berbuat-baiklah kepada dua ibu-bapa” (surah al-Israk, ayat 23).
Seorang wanita –sebagaimana juga lelaki- wajib berbuat baik dan berbakti kepada dua ibu-bapa.
Sekalipun seorang wanita telah berkahwin, kewajipannya untuk berbuat-baik dan berbakti kepada dua ibu-bapanya –seperti yang disuruh oleh ayat di atas- tidak tamat terutamanya apabila mereka memerlukannya dan dia mampu menunaikannya.

Mengenai dosa memutuskan silaturrahim, Nabi SAW bersabda;
الرَّحِمُ مُعَلَّقَةٌ بِالْعَرْشِ تَقُولُ مَنْ وَصَلَنِي وَصَلَهُ اللهُ، وَمَنْ قَطَعَنِي قَطَعَهُ اللهُ
“Ikatan rahim (kekeluargaan) bergantungan di Arasyh Allah, di mana dia berseru; ‘Siapa menghubungkanku, nescaya Allah akan menghubungkannya (dengan rahmat dan kasih-sayangnyaNya) dan sesiapa memutuskanku, nescaya Allah akan memutuskannya (dari rahmat dan kasih-sayangNya)” (Soheh Muslim; 2555/17. Dari ‘Aisyah RA).
Difahami dari hadis ini bahawa suami yang menjadi penyebab terputusnya ikatan isterinya dengan keluarganya, dibimbangi Allah akan membalasnya dengan terputus ikatan rahmat dariNya, yakni dia akan terhadang dari mendapat rahmat Allah.
Di antara perintah Allah kepada suami ialah;
وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ
“Dan layanilah mereka (yakni isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang sepatutnya” (surah an-Nisa’, ayat 19).
Menghalang isteri dari pulang menjenguk ibu-bapanya atau menziarahi keluarganya tanpa sebab yang munasabah bertentangan dengan layanan yang baik kepada isteri yang disuruh oleh ayat ini.
Mazhab Hanafi menyebutkan; suami tidak harus menegah isterinya dari keluar untuk menziarahi dua ibu-bapanya setiap kali jumaat (yakni seminggu sekali) dan bagi selain ibu-bapa pula ialah setahun sekali.
Menurut Imam Abu Yusuf; jika dua ibu-bapa isteri berupaya untuk datang menziahari anak mereka di rumah suami, suami berhak menegahnya dari keluar. Jika mereka tidak mampu datang, wajib suami membenarkan isterinya untuk keluar menziarahi mereka.

Menurut mazhab Maliki; Tidak harus suami menegah isteri dari keluar menziarahi dua ibu-bapanya dan saudaranya –tanpa suatu sebab- jika terjamin keselamatannya.
Menurut mazhab Syafiie dan Hanbali; adalah menjadi hak suami untuk menegah isteri keluar dari rumah sekalipun untuk menjenguk dua ibu-bapanya atau menziarahi mereka ketika sakit atau menghadiri jenazah mereka dan isteri wajib mematuhinya, namun jika tanpa sebab yang munasabah perbuatannya itu adalah makruh (dibenci oleh Syarak).
Wallahu a’lam.
Rujukan;
1. Al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Muyassarah; Az-Zawaj, Syeikh Dr. Muhammad Ibrahim al-Hafnawi, hlm. 287-288.
2. Fatwa Dar al-Ifta’ al-Misriyyah (Mufti; Dr. Nasr Farid Wasil, no. fatwa; 6678, tahun 2001).
loading...
WANITA BERSUAMI WAJIB BACA... !!! SUAMI MELARANG ISTERI DARI MENZIARAHI DUA IBU-BAPANYA.. ADAKAH SAYA DIKIRA MENDERHAKA KEPADA SUAMI JIKA MELANGGARNYA..
Reviewed by suka hati
on
9:57 am
Rating: