facebook KLIK PANGKAH UNTUK TUTUP Button Close
loading...

Selepas Baca Artikel Ni. Semua Ibu Pasti Takkan Pakaikan Mitten Kat Baby. Ini PUNCANYA !!!


Selepas Baca Artikel Ni. Semua Ibu Pasti Takkan Pakaikan Mitten Kat Baby. Ini PUNCANYA !!! | Sudah menjadi satu kepastian, bayi yang baru lahir akan dipakaikan sarung tangan atau mittens dengan tujuan untuk mengelakkan bayi mencakar wajah sendiri dengan kuku. Namun, tahukah anda tidak elok sebenarnya pakaikan sarung tangan pada tangan bayi? Kami ada penjelasan panjang lebar daripada seorang pakar yang dikongsi oleh Nor Farahdilah di laman Facebooknya. Baca sendiri apa pakar ni cakap dan mungkin akan menyedarkan si ibu dari memakaikan sarung tangan pada anak sendiri lepas ini.
Ibu-ibu takenote yea
“Sampai Bila Awak Nak Pakaikan Mittens Pada Tangan Anak Awak?”…
Hari ini saya terpanggil untuk berkongsi sedikit ilmu yang saya perolehi dari seorang doktor pakar kanak-kanak (Paediatric) di Hospital Columbia Asia.
Ketika Danny berusia 2 bulan, saya buat check untuk dia. Seperti biasa sebelum berjumpa dengan doktor, nurse akan ambil anak saya dan timbang serta ukur ketinggian terkini. Selepas selesai, nurse serahkan balik mittens tadi. Sebelum ini pun, nurse buat perkara yang sama juga. Jadi, saya pun pakaikan kembali mittens itu.
Sampai di bilik doktor, mittens sekali lagi ditanggalkan. Pada masa itu saya berasa pelik dan bertanya mengapa doktor tanggalkan mittens anak saya.
“Awak nak perkembangan anak awak ini cepat atau lambat? Sampai bila awak nak pakaikan mittens pada tangan anak awak? Semua orang berlumba-lumba supaya perkembangan anak dia cepat,” jawab doktor itu dengan selamba.
Jawapan doktor itu membuatkan saya terkebil-kebil, keliru dan tidak memahami apa yang cuba disampaikan oleh doktor. Selepas dia menjelaskan mengenai perkara itu, saya serta merta terus hentikan pemakaian mittens pada anak saya.
Jika kita berterusan pakaikan mittens pada anak kita, anda akan dapat perhatikan tangan anak kita akan sentiasa menggenggam. Betul tak? Jadi, jika kita tanggalkan mittens seawal yang boleh, tangan anak kita akan menyentuh segala yang ada berdekatan dengannya. Secara tidak langsung sentuhan itu akan merangsang otak bayi.
Jika tangannya sentiasa berada dalam mittens dan terus menerus menggenggam tangan, bayi kita tidak akan dapat explore apa yang ada di sekeliling dia dan otak juga tidak akan terangsang.
Kenapa kita pakaikan mittens pada bayi kita?
Antara sebabnya, kita tidak mahu anak tercakar mukanya sendiri, tangan anak sejuk. Betul? Orang Melayu kita sudah terbiasa dengan pemakaian mittens ini. Kalau tidak dipakaikan, nanti orang tua bising pula. Pernah dengar orang tua kata sawan daki dekat celah-celah jari bayi? Sebab itu selepas mandi kena lap kering-kering baru pakaikan mittens. Kalau tak pakaikan mittens pun, tak ada masalah daki di celah jari.
Memang pada awalnya anak kita akan tercakar mukanya sendiri. Memang akan luka tetapi sekali dua sahaja dan selepas itu anak kita belajar kalau terkena kuku, dia akan merasa sakit. Jadi dia akan berhenti mencakar muka dan akan menggosok mukanya dengan belakang tapak tangan.
Si ibu kena pastikan kuku bayi sentiasa pendek. Jadi, pada yang masih ada bayi, yang masih pakai mittens, boleh tanggalkan dan berhenti memakaikan mittens seawal bayi berusia sebulan. Bila bayi yang guna botol, boleh ajar pegang botol. Yang amalkan breastfeeding, boleh sentuh kulit ibunya dan proses ini dinamakan bonding. Banyak lagi benefit tanpa memakai mittens pada bayi.
Sama juga dengan konsep yang banyak kita praktikkan dalam group (Home Schooling Genius Syurga) ini, motor skills developement, kinestetik, all of that thing use hand. Jadi kenapa kita halang jari jemari anak kita dan tangannya menyentuh segala-gala yang ada di sekeliling?
Stop using mittens for our baby. Let’s their fingers explore the world. – Mummy Danny via viralsima.
loading...
Selepas Baca Artikel Ni. Semua Ibu Pasti Takkan Pakaikan Mitten Kat Baby. Ini PUNCANYA !!! Selepas Baca Artikel Ni. Semua Ibu Pasti Takkan Pakaikan Mitten Kat Baby. Ini PUNCANYA !!! Reviewed by suka hati on 10:47 pm Rating: 5
Powered by Blogger.