Setiap orang sentiasa memiliki kebiasaan yang dibawa dalam kehidupan sehariannya. Begitu pun juga dengan diri pemimpin Arab Saudi iaitu Raja Salman, seorang raja yang sentiasa menjalankan perintah Allah mahupun Rasul-Nya.
Seringkali jika kita kerap menyaksikan dirinya, kelihatan ada sesuatu yang tersembunyi di balik poket saku bajunya dan benda itu sentiasa ada dalam pelbagai majlis yang disertainya.
Tentunya benda tersebut memiliki kegunaan sehingga Raja Salman sentiasa membawanya. Tahukah benda apa itu?
Ternyata benda yang terselit tersebut adalah siwak. Ya memang bersiwak merupakan salah satu anjuran Rasulullah bagi umatnya. Tak hanya menjaga kesihatan mulut, namun dengan mengamalkannya menjadi jalan untuk melestarikan Sunnah Nabi dan tentunya berpahala.
Siwak secara bahasa merupakan aktiviti menggosok gigi dan tidak dikhususkan menggunakan jenis alat tertentu untuk menggosoknya. Bahkan dalam suatu hadis siwak menjadi sebuah makna perbuatan.
Namun sudah menjadi keumuman masyarakat selain menggosok gigi menggunakan berus gigi, mereka pun boleh menggunakan ranting kayu berjenis khusus untuk digunakan di setiap waktu.
Hadis yang menyatakan bahwa bersiwak dapat meraih keredhaan Allah terdalam dalam riwayat Baihaqi dan Nasai.
السِّوَاكُ مَطْهَرَةٌ لِلْفَمِ ، مَرْضَاةٌ لِلرَّبِّ
“Siwak itu membersihkan mulut dan menyebabkan (didapatkannya) keredhaan Rabb (Allah).” (HR. Baihaqi dan Nasai)
Sementara waktu yang dianjurkan untuk bersiwak adalah pada setiap hendak berwudhu.
“Dari Abu Hurairah bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,” Sekiranya tidak akan memberi kesukaran dan kesulitan kepada umatku, tentu akan kuperintahkan mereka bersiwak pada setiap wudhu.” (HR Malik, Ahmad dan Nasai)
loading...