[VIDEO] 500 Alas Kaki Mengandungi Ayat Suci Al-Quran Disita... BETUL-BETUL MENGHINA ISLAM NIE...


MELAKA - Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menyerbu di sebuah gudang pembekal barang keperluan rumah di sini hari ini yang membawa kepada penemuan alas kaki mengandungi lapisan kertas ayat-ayat suci al-Quran di dalamnya.


Pemeriksaan bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) Melaka dan polis itu dibuat ekoran kejadian viral sekeping gambar alas kaki mengandungi ayat al-quran yang dimuat naik di laman sosial Facebook oleh seorang pengguna minggu lalu.Ketua Penguat kuasa JAIM, Rahimin Bani berkata, pemeriksaan di premis mendapati kira-kira 500 alas kaki mengandungi kertas tertera ayat-ayat suci al-Quran sebelum kesemuanya dirampas untuk siasatan.

"Hasil pemeriksaan mendapati alas kaki yang dibekalkan dari Indonesia ini mengandungi kertas ayat-ayat suci al-Quran dan kita menyita kesemuanya mengikut Seksyen 63 Enakmen Kesalahan Syariah Melaka kerana menghina agama," katanya. - K! ONLINE



[VIDEO] 500 Alas Kaki Mengandungi Ayat Suci Al-Quran Disita... BETUL-BETUL MENGHINA ISLAM NIE... [VIDEO] 500 Alas Kaki Mengandungi Ayat Suci Al-Quran Disita... BETUL-BETUL MENGHINA ISLAM NIE... Reviewed by suka hati on 4:27 pm Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.