Gadis Ini Kongsi Kisah Hitam 3 Hari Dikurung Dan Diseksa Bekas Teman Lelaki Yang MENAKUTKAN !!! BACA DISINI...>>>
PENDANG, KEDAH - Seorang wanita berusia 27 tahun mengalami trauma selepas tiga hari dikurung dan diseksa oleh bekas teman lelakinya tanpa diberikan sebarang makanan, lapor Sinar Harian.
Sara (bukan nama sebenar) kini berada bersama keluarganya di Kampung Banggol Kambing, Pendang, selepas seminggu menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah. Menurut Saya yang juga sedang mengikuti pengajian sarjana di sebuah universiti awam berkata, bekas teman lelakinya datang ke rumah sewanya di Ampang pada jam 5 pagi, 25 November lalu.
"Saya enggan buka pintu, tetapi dia pecah masuk rumah saya dan berlaku perbalahan yang berlarutan sehingga jam 8 pagi," katanya.
Bekas teman lelakinya yang dikenalinya sejak 10 tahun lalu, yang juga seorang anggota polis mengesyaki dia membawa lelaki masuk ke dalam rumah.
"Dia tuduh saya bawa lelaki masuk rumah. Jadi saya minta dia periksa bilik saya. Selepas gagal menemui sebarang bukti, dia kembali reda dan meminta saya mengikutnya ke kereta pada jam 8 pagi itu. "Saya tak nak tetapi selepas dipaksa, saya akur. Di parkir kereta, kami ada berbincang sesuatu dan berlaku sedikit perbalahan menyebabkan saya meninggikan suara dengannya menyebabkan saya diheret masuk ke dalam kereta dan dibelasah olehnya.
"Saya cuba meronta tetapi dia acukan pisau ke perut dan saya terpaksa diam," katanya.
Sara kemudian dibawa pulang ke rumah sewa teman lelakinya di Klang. Setibanya di sana, Sara diheret masuk ke dalam bilik dan dipukul.
"Selepas puas dipukul, saya ditinggalkan semalaman seorang diri dengan pintu bilik berkunci. Keesokan hari (Sabtu), dia pulang dan berbual-bual seperti biasa seolah-olah tiada apa yang berlaku.
"Namun, dia dapat menghidu perbuatan saya menghubungi rakan meminta bantuan. Dia terus menikam bahu kiri dan kanan saya dengan pisau. Tangan saya turut digari, malah dia turut mengugut bunuh saya. Saya dah sakit sangat dan tidak mampu berbuat apa-apa lagi selain berdoa.
"Saya juga dipaksa minum cecair pelembut dan disemburkan penyembur serangga ke muka, selain ditikam lima kali di bahu kiri dan kanan, di paha kiri dan kanan serta di lutut kiri sehingga tidak mampu untuk bergerak. Saya hanya mampu melihat darah penuh di lantai," katanya. Sepanjang masa dikurung, Sara terdengar bekas teman lelakinya berbual dengan kawannya di mana mereka merancang mahu membunuh dan membuangnya di Sungai Klang.
"Pada malam Ahad, saya merayu pada dia untuk dibawa ke hospital kerana saya terlalu sakit dengan darah yang tidak berhenti-henti keluar. Pada mulanya saya dibawa ke hospital swasta, namun dipindahkan ke Hospital Klang kerana dia tidak mampu membayar kos rawatan.
"Semasa berada di Hospital Klang, saya telah meminta pihak hospital menghubungi rakan saya dan memintanya untuk menghubungi keluarga saya. Bila keluarga saya sampai, saya terus menceritakan perkara sebenar," katanya kepada Sinar Harian.
Pada hari Selasa, Sara pulang ke Kedah bersama keluarga dan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk menjalani pembedahan mata. Menurut Sara, dia pernah dipukul pada tahun 2009. Namun dia menarik balik laporan polis yang telah dibuat kerana kasihankan bekas teman lelakinya itu.
"Kami sudah lama putuskan hubungan dan dia pun sudah bertunang dengan wanita lain. Februari lalu dia putus tunang dan datang menganggu saya semula," katanya.
loading...
Gadis Ini Kongsi Kisah Hitam 3 Hari Dikurung Dan Diseksa Bekas Teman Lelaki Yang MENAKUTKAN !!! BACA DISINI...>>>
Reviewed by suka hati
on
11:21 am
Rating: