MELAKA - Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menyerbu di sebuah gudang pembekal barang keperluan rumah di sini hari ini yang membawa kepada penemuan alas kaki mengandungi lapisan kertas ayat-ayat suci al-Quran di dalamnya.
Pemeriksaan bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) Melaka dan polis itu dibuat ekoran kejadian viral sekeping gambar alas kaki mengandungi ayat al-quran yang dimuat naik di laman sosial Facebook oleh seorang pengguna minggu lalu.Ketua Penguat kuasa JAIM, Rahimin Bani berkata, pemeriksaan di premis mendapati kira-kira 500 alas kaki mengandungi kertas tertera ayat-ayat suci al-Quran sebelum kesemuanya dirampas untuk siasatan.
"Hasil pemeriksaan mendapati alas kaki yang dibekalkan dari Indonesia ini mengandungi kertas ayat-ayat suci al-Quran dan kita menyita kesemuanya mengikut Seksyen 63 Enakmen Kesalahan Syariah Melaka kerana menghina agama," katanya. - K! ONLINE
loading...