facebook KLIK PANGKAH UNTUK TUTUP Button Close
loading...

GAMBAR INI DIDAKWA SEBAGAI GAMBAR MAKAM NABI MUHAMMAD SOLLALLAHUALAIHIWASALLAM...Adakah Ia BENAR???

Sila lihat gambar di bawah. Gambar ini dikatakan sebagai gambar makam Nabi Muhammad Sollallahualaihiwasallam dari bahagian dalam. Di bahagian bawah gambar tertulis kononnya umat Islam tidak pernah berpeluang untuk melihat pemandangan ini kecuali bilangan yg sangat sedikit. Bahkan disarankan pula untuk mengedarkan gambar ini kepada orang lain. Klik untuk lihat lebih jelas.

Gambar yg didakwa gambar Makam Nabi dari bahagian dalam.

Sila lihat pula gambar ini. Gambar ini ialah gambar makam Maulana Jalaluddin Ar-Rumi yg terletak di Konya, Turki.
Makam Maulana Jalaluddin Ar-Rumi di Konya, Turki.

Baiklah, sekarang sila lihat pula gambar di bawah. Sila lihat bahagian yg dibulatkan dan juga persekitarannya. Serban, khat yg terdapat pada dinding, tiang dan tingkapnya. Bukankah ia tempat yg sama? Klik untuk lihat lebih jelas.
Saya temui maklumat ini ketika merayau-rayau mencari gambar barang-barang peninggalan Nabi Muhammad Sollallahualaihiwasallam. Lalu saya terjumpa maklumat ini di Islam-The Modern Religion. Menurutnya, fakta bahawa gambar tersebut bukan gambar makam Nabi telah ditegaskan lagi oleh seorang jurugambar Muslim yg terkenal, Peter Sanders. Pendedahan ini telah dibuat sejak 2001. Berikut temuramah pemilik laman Islam-The Modern Religion dengan Peter Sanders.
The fact that this picture (below) is not of the tomb of the Prophet (saw) was also comfirmed by Peter Sanders the Muslim photographer. He revealed this during my interview with him on Thursday, 17th May 2001. He said, "Inside the Prophet's (saw) tomb - no I have not seen inside. I asked a sheikh what's inside - he's one the people who clean the area. He said light, light..nothing but light. The picture going round on the Internet - it's not a real picture, it's a painting from someone's vision because there's nothing in there, they've completely concealed it up. That might have been what it was like in the Turkish times, I don't know. It seems very authentic - I've seen in different shuyukh's houses. It's possible that it is what it did look like or what it does look like in the unseen, I don't know. Allahuwalam. As far as I know, there is nothing there. The sheikh said there is only light and he added, people who don't see this light only see their own darkness."
Peter Sanders. Diambil dari Mas'ud Ahmed Khan di flickr.

Saya juga terjumpa maklumat ini di forum-forum berbahasa Arab. Jadi jelaslah bahawa gambar yg didakwa sebagai makam Nabi itu merupakan lukisan makam Maulana Ar-Rumi dan bukannya makam Nabi. Kawan saya sendiri pernah menjadikan gambar tersebut sebagai wallpaper di komputernya. Saya tidak pasti sejauh mana gambar ini telah tersebar dan sejauh manakah pembetulan fakta telah dibuat. Dan adakah ianya sebuah propaganda untuk mengelirukan umat Islam atau ianya berlaku secara tidak disengajakan?

Ini pula gambar yg saya temui entah di mana. Seolah-olah satu keratan akhbar atau majalah berbahasa Inggeris. Tertulis di bawah gambar ini, "The only known photograph, an undated 19th century print, of the tomb of the Prophet Mohammed (PBUH)." Wallahu'alam. Juga tidak dapat dipastikan kesahihannya.

Ini pula gambar lukisan yg biasa dijual dalam bentuk poster. Saya rasa ia dilukis berdasarkan gambar foto hitam putih di atas.

"Hanya Allah Yang Maha Mengetahui hakikat setiap sesuatu."

loading...
GAMBAR INI DIDAKWA SEBAGAI GAMBAR MAKAM NABI MUHAMMAD SOLLALLAHUALAIHIWASALLAM...Adakah Ia BENAR??? GAMBAR INI DIDAKWA SEBAGAI GAMBAR MAKAM NABI MUHAMMAD SOLLALLAHUALAIHIWASALLAM...Adakah Ia BENAR??? Reviewed by suka hati on 8:43 pm Rating: 5
Powered by Blogger.