facebook KLIK PANGKAH UNTUK TUTUP Button Close
loading...

Bayi 10 bulan menderita hidrosefalus

Siti Hajar Azeman,10 bulan, memegang jari ibunya, Zuraini Mahmood,42, sambil merenung nasibnya  yang mengalami penyakit 'Hydrocophalos' (kepala berair) sejak dilahirkan. Kepala Siti Hajar semakin membesar berbanding semasa dilahirkan dengan ukuran lilit kepalanya 60 sentimeter berbanding semasa dilahirkan hanya 40 sentimeter. - Foto Bernama

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itu yang dialami Azman Muktar, 41, dan isteri, Zuraini Mahmood apabila bayi perempuan mereka, Siti Hajar, 10 bulan, menghidap penyakit hidrosefalus yang menyebabkan pembesaran berlebihan pada bahagian kepala.

Zuraini, 43, berkata, beliau dan suaminya reda dengan nasib yang menimpa anak bongsu daripada tiga beradik itu namun masih menaruh harapan bayi mereka dapat sembuh seperti kanak-kanak lain.

"Kami mengetahui mengenai penyakit Siti Hajar ketika usia kandungan lima bulan selepas doktor yang merawat saya memaklumkan bayi yang dikandung disahkan menghidap simptom kepala besar.

"Walaupun saya sudah tahu lebih awal mengenai nasib yang akan menimpa anak saya, saya reda dengan ketentuan ALLAH dan saya tetap mahu dia dilahirkan di dunia ini kerana saya anggap ini adalah ujian dan amanah ALLAH kepada saya," kata wanita itu kepada pemberita di rumahnya di Permatang Tok Gelam, Penaga hari ini.

Beliau berkata, Siti Hajar ketika dilahirkan pada 2 Oktober tahun lepas, mempunyai saiz kepala hanya sekitar 40 sentimeter (cm) tetapi kini selepas berusia 10 bulan, kepalanya makin membesar sehingga mencecah 60cm. 

"Bagaimanapun, saya bersyukur kerana dia tidak mempunyai masalah kesihatan lain terutama melibatkan jantung melainkan sedikit masalah sumbing pada bibir atas dan beratnya sekarang ini kira-kira 6.5 kilogram sahaja, termasuk berat kepalanya," katanya.

Beliau berkata, setiap tiga bulan, anak bongsunya itu akan dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan susulan.

"Doktor akan memberikan beberapa jenis ubat. Pada masa tertentu, jika Siti Hajar berasa tidak selesa, dia akan menangis sepanjang masa dan memerlukan penjagaan rapi. Jika saya bekerja, suami akan jaga dan begitulah sebaliknya," katanya.

Zuraini, pekerja kilang di Bayan Lepas berkata, suaminya bekerja sebagai buruh kampung dan dengan pendapatan yang tidak seberapa, mereka perlu membayar sewa rumah RM230 sebulan serta bil berkaitan selain perbelanjaan sekolah dua anak lelaki yang berusia enam dan 10 tahun.    

"Perbelanjaan untuk membeli susu dan lampin pakai buang bagi kegunaan Siti Hajar pula mencecah RM300 sebulan. Kasih sayang terhadap Siti Hajar tidak berubah, sama seperti dua abangnya iaitu Hairi Akmal, 10, dan Hazzree Husairi, 6.

"Apa yang kami lakukan sekarang ialah bersabar dan berdoa supaya pembedahan dapat dilakukan segera," katanya yang berpendapatan RM1,000 sebulan. 
loading...
Bayi 10 bulan menderita hidrosefalus Bayi 10 bulan menderita hidrosefalus Reviewed by Zarith Sofea on 8:59 pm Rating: 5
Powered by Blogger.