facebook KLIK PANGKAH UNTUK TUTUP Button Close
loading...

Cara Mudah Hilangkan Jerawat Dengan Kulit Pisang

banana
Tidak ramai yang tahu kaedah merawat masalah jerawat, tidak kiralah masalah itu biasa ataupun teruk. Kita biasanya akan pergi ke farmasi untuk membeli krim merawat jerawat dan sebagainya. Tetapi, tidak semua tahu bahawa kulit pisang boleh diguna untuk menyembuhkan jerawat pada wajah secara efektif.
Caranya juga sangat mudah, ambil pisang yang tidak terlalu matang, namun juga tidak mentah. Setelah anda makan buah pisangnya, gosokkan kulit wajah yang berjerawat dengan kulit pisang tersebut secara perlahan namun menyeluruh ke wajah.
Gunakan bahagian dalam kulit atau bahagian putihnya. Jika wajah terlalu banyak jerawat dan jerawat sedang meradang, anda boleh menghancurkan kulit pisang terlebih dahulu, kemudian tambahkan satu sudu madu untuk dijadikan sebagai mask. Menggosok wajah yang jerawatnya sedang meradang merah akan memburukkan lagi masalah jerawat itu.
Jika bahagian dalam kulit pisang sudah berubah warna menjadi hitam kerana anda menggosoknya ke wajah, gantikan dengan kulit pisang yang baharu. Teruskan menggosok selama 10 minit. Setelah itu, biarkan kulit mengering. Jangan terus cuci! Biarkan kira-kira 2 jam barulah dibilas dengan air.
Lakukan rawatan kulit pisang itu setiap hari bagi hasil yang optimal. Hasilnya, jerawat akan hilang dari wajah!
Mudah, bukan? Siapa sangka kulit pisang yang biasanya kita buang, sebenarnya mempunyai manfaat besar kepada kulit wajah kita.
loading...
Cara Mudah Hilangkan Jerawat Dengan Kulit Pisang Cara Mudah Hilangkan Jerawat Dengan Kulit Pisang Reviewed by Unknown on 12:27 am Rating: 5
Powered by Blogger.