facebook KLIK PANGKAH UNTUK TUTUP Button Close
loading...

Inilah Tunang Kepada Arwah Rosshida Abdullah Mati Dibunuh….

Seorang lelaki dituduh di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas kesalahan membunuh tunangnya pada 6 Mei lalu.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Amal Adil Alias, 26, ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.
Tertuduh diwakili peguamnya, Azizzul Shariman Mat Yusoff manakala pendakwaan dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya B Uma Devi.
Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu terhadap Rosshida Abdullah, 30, pada 6 Mei lalu antara jam 5 pagi hingga 1 petang di bawah Jambatan Cyberjaya menuju ke Sepang.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Pertuduhan berkenaan dibuat di hadapan Hakim Noor Hafizah Mohd Salim.
Sebelum ini akhbar melaporkan, mangsa, Rosshida dibunuh dan dicampakkan ke dalam semak di bawah Jambatan Cyberjaya menuju ke Sepang.

sumber : http://www.hmetro.com.my
loading...
Inilah Tunang Kepada Arwah Rosshida Abdullah Mati Dibunuh…. Inilah Tunang Kepada Arwah Rosshida Abdullah Mati Dibunuh…. Reviewed by Unknown on 10:59 am Rating: 5
Powered by Blogger.