facebook KLIK PANGKAH UNTUK TUTUP Button Close
loading...

Keajaiban sholat Dhuha yang perlu anda tahu


Solat merupakan tiang agama dan kewajipan bagi umat islam. Begitu juga solat Dhuha yang sunat dilakukan. Pelbagai keajaiban dan kelebihan dalam melakukan solat Dhuha. Kerana solat yang kita kerjakan harus benar-benar terjaga kesempurnaannya. Salah satu cara menyempurnakan solat wajib adalah dengan melaksanakan solat sunat.

Solat Dhuha juga merupakan wasiat Rasul kepada umatnya sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadits. “Abu Hurairah r.a. menceritakan:

‘Kekasihku Rasulullah Saw. memberi wasiat kepadaku dengan tiga hal yang tidak pernah kutinggalkan hingga meninggal dunia: puasa tiga hari dalam sebulan, dua rakaat solat Dhuha dan hanya tidur setelah melakukan solat Witir” (H.R. Bukhari dan Muslim)

Kelebihan melakukan solat Dhuha merangkumi :
  1. Solat Dhuha merupakan ucapan terima kasih kita kepada Allah Swt. atas nikmat sihat setiap sendi dalam tubuh kita.
  2. Solat Dhuha sebagai pelindung untuk mengelakkan seksa api neraka di hari pembalasan (kiamat) nanti.
  3. Bagi orang yang melakukan rutin solat Dhuha niscaya Allah akan menjanjikan dengan balasan syurga.
  4. Dua rakaat solat Dhuha untuk menarik rezeki dan menolak kepapaan.
  5. Diampunkan dosa-dosanya walaupun seperti buih di lautan
loading...
Keajaiban sholat Dhuha yang perlu anda tahu Keajaiban sholat Dhuha yang perlu anda tahu Reviewed by Unknown on 12:29 pm Rating: 5
Powered by Blogger.