facebook KLIK PANGKAH UNTUK TUTUP Button Close
loading...

Wajah Sebenar Di Sebalik Topeng Encik Mimpi !




#WAJAH SEBENAR ENCIK MIMPI DIDEDAHKAN | Encik Mimpi satu nama artis selebriti yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan tanah air, beliau menampil imej lelaki bertopeng seperti Bandi Amuk.....

#Pasti gadis-gadis di luar sana tertanya-tanya bagaimana agaknya rupa disebalik topeng Encik Mimpi dan siapakah sebenarnya lelaki budiman yang bersembunyi di sebalik topeng tersebut....

#Akhirnya dia akur mendedahkan nama selepas empat tahun menggunakan identiti Encik Mimpi iaitu lelaki di sebalik topeng putih setiap kali membuat persembahan atau menghadiri MAJLIS...




#Kata Encik Mimpi, dia tiada masalah untuk mendedahkan namanya sebelum ini, tetapi kerana mahu mengekalkan imej misteri yang dikenali oleh pengikut setianya di blog, YouTube dan akaun laman sosialnya yang lain, dia lebih selesa dikenali dengan nama penanya itu....

#“Nama saya Mohd Azam Zamri dan berusia 26 tahun dan saya berasal dari Kuala Lumpur,” katanya di majlis pelancaran album Encik Mimpi-Selamat Malam Cinta di ibu kota, kelmarin...

#Pendedahan itu mengundang perhatian kakitangan pengurusan Encik Mimpi Production (EMP) termasuk pengedar kandungan digital Indigital Sdn Bhd yang menunjukkan reaksi terkejut....



#“Saya akui mula-mula melangkah masuk dalam industri muzik, saya masih mentah dan tidak faham etika kerja wartawan khususnya akhbar yang perlu merekodkan nama penuh....

#“Dulu saya tidak faham, kalau buat pendedahan nama sebenar mungkin ia membunuh elemen misteri yang menjadi identiti Encik Mimpi. Tetapi, saya sekarang sudah lebih terbuka untuk berkongsi nama penuh saya,” katanya yang masih merahsiakan maklumat lain untuk terus kekal dengan imej sedemikian....

#“Semakin kerap saya berurusan dengan mereka, semakin saya faham kerja mereka dan kebanyakan wartawan menghormati apabila diminta merahsiakan identiti saya asalkan kita berterus terang dengan mereka....
loading...
Wajah Sebenar Di Sebalik Topeng Encik Mimpi ! Wajah Sebenar Di Sebalik Topeng Encik Mimpi ! Reviewed by Unknown on 12:23 pm Rating: 5
Powered by Blogger.