Anda Tidak Boleh Bazirkan Walau Sebutir Nasi Di Restoran Ini..Nak Tahu Kenapa??
Sebuah restoran di Sapporo, Jepun, mengenakan denda kepada pelanggan yang tidak habiskan makanan mereka, walaupun hanya sebutir nasi, ia tetap akan diambil kira.
Peraturan yang dibuat oleh Restoran makanan laut Hachikyo, bertujuan mengajar pelanggan mereka untuk lebih menghargai makanan, memandangkan banyak negara lain yang kekurangan makan.
Bukan mudah untuk menghabiskan hidangan dari restoran ini, memandangkan hidangan nasinya setinggi bukit.
Sebelum mengambil tempahan, pelayan restoran akan menerangkan peraturan kepada pelanggan sebagai persediaan sama ada mereka mampu menghabiskan setiap butiran nasi atau pun tidak.
Jika pelanggan setuju, tukang masak akan menyediakan pesanan tersebut. Jika pelanggan tidak menghabiskan makanan tersebut, mereka perlu membayar denda. Duit hasil daripada denda tersebut akan di sumbangkan ke badan amal.
Selain untuk mengelakkan pembaziran, peraturan itu juga bertujuan untuk menghargai kepayahan para nelayan yang berusaha menangkap ikan untuk disajikan di restoran tersebut.
Bagus sangat jika tiada pembaziran. Di Malaysia sahaja, berjuta tan makanan dibazirkan setiap hari.
loading...
Anda Tidak Boleh Bazirkan Walau Sebutir Nasi Di Restoran Ini..Nak Tahu Kenapa??
Reviewed by suka hati
on
1:35 pm
Rating: