facebook KLIK PANGKAH UNTUK TUTUP Button Close
loading...

INILAH Rahsia 29 dan 30 Hari Pada Bulan Ramadhan YANG HARUS KITA KETAHUI


Daripada Abi Bakrah R.A - Daripada Nabi S.A.W telah bersabda :

"Dua bulan raya yang tidak akan berkurang : Ramadhan dan Zulhijjah" [Hadis riwayat Muslim].

Pandangan-pandangan ulama' pada sabda Nabi S.A.W 'tidak akan berkurang' :

Pandangan pertama : Tidak akan berkurang kedua-duanya (Ramadhan dan Zulhijjah) daripada 30 hari berdasarkan zahir (umum) hadis.

Pandangan kedua : Pahala dan kelebihannya tidak akan berkurangan samada bulan Ramadhan dan Zulhijjah itu mempunyai 29 atau 30 hari.

Pandangan ketiga : Jika salah satu bulan adalah 29 hari, maka bulan yang lain pula adalah 30 hari.

Keterangan :

Pandangan pertama tertolak bersandarkan kepada hadis Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud : "Berpuasalah dengan melihat anak bulan (Ramadhan) dan berbukalah dengan melihat anak bulan (Syawal), maka jika ada yang menghalangi (tidak kelihatan anak bulan), hendaklah dicukupkan bulan Sya'ban itu 30 hari". Jika bulan Ramadhan itu selama-lamanya 30 hari, tidaklah perlu kepada melihat kepada anak bulan.

Pandangan kedua pula adalah diterima. Telah berkata Az-Zain Bin Al-Munir :"Sedekat-dekat pandangan ialah bahawa yang kurang itu hanya pada bilangan harinya kerana kedua-duanya adalah bulan yang mulia, maka tidak seharusnya disifatkan kedua-duanya dengan kekurangan disebabkan kurangnya bilangan hari".

Pandangan ketiga pula adalah berdasarkan kaedah ilmu falak. Di dalam pengiraan kalendar Islam, setahun adalah berjumlah 265 hari; tidak berkurangan juga tidak melebihi bilangan harinya. Jadi pada bulan Ramadhan dan Zulhijjah, salah satu bulan akan mempunyai 29 hari dan bulan yang lain akan mempunyai 30 hari. Maka pandangan ini juga adalah diterima.

Faedah daripada hadis :

1. Sesungguhnya bagi Allah itu kelebihan bagi menggantikan kekurangan dengan kesempurnaan pada pahala sekalipun pahala itu pada asalnya ditentukan dengan tahap kesulitan dalam melaksanakannya. 

2. Salah satu tanda kenabian Nabi S.A.W apabila baginda membicarakan tentang ilmu falak berdasarkan pergerakan bulan dan matahari.

3. Nasihat supaya kita bersungguh-sungguh menjaga pada melihat anak bulan, bagi mengelakkan kesilapan di dalam rukyah dan menyempurnakan dua bulan raya ini.

Wallahua'lam.

Rujukan :
1. Al-Muntakhibul Mukhtar Min Ahadis Al-Imam Muslim Bin Al-Hajjaj Min Abwabiz Zakah Was Siyam Wal Haj - Asatizatul Hadis Wa 'Ulumihi Bi Jami'ah Al-Azhar
2. Terjemahan Hadis Shahih Muslim - Klang Book Store
3. Fiqh Islam - H. Sulaiman Rasjid - Penerbit Attahiriyah
loading...
INILAH Rahsia 29 dan 30 Hari Pada Bulan Ramadhan YANG HARUS KITA KETAHUI INILAH Rahsia 29 dan 30 Hari Pada Bulan Ramadhan YANG HARUS KITA KETAHUI Reviewed by suka hati on 1:47 am Rating: 5
Powered by Blogger.