facebook KLIK PANGKAH UNTUK TUTUP Button Close
loading...

AL-FATIHAH.....SUASANA SAYU.... JUMPA DI SYURGA INSAN-INSAN KESAYANGAN MAMA.. SUAMI DAN 2 ANAK MAUT PUKUL 1.15 PAGI (10GAMBAR)... MOGA ARWAH TENANG DISANA...



Ipoh : Berat mata memandang berat lagi bahu memikul apa yang berlaku amat perit untuk Puan Nurul Nadia terima sekelip mata insan-insan kesayangan nya pergi dijemput ilahi dalam kemalangan awal pagi tadi.

Akhbar melalaporkan seorang lelaki dan dua kanak-kanak maut manakala empat lagi cedera parah dalam satu kemalangan jalanraya membabitkan tiga buah kenderaan di Kilometer 3.5 Jalan Ipoh Lumut awal pagi tadi.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri Perak Supritendan Wan Jamil Wan Chik, kejadian dipercayai berlaku kira kira jam 1.15 pagi tadi.

Ketika mangsa Muhammad Syafiq Isyammudin, 25, memandu kenderaan jenis Mitsubishi Triton bersama dua wanita dan dua kanak-kanak dalam perjalanan dari Ipoh ke Lumut.










Bagaimanapun setibanya di lokasi kejadian sebuah kenderaan jenis Mazda 3 dari arah bertentangan dipercayai bergesel dibahagian kanan kereta mangsa dan menyebabkan kenderaan mangsa terbabas memasuki laluan bertentangan.

Sebuah lagi kenderaan jenis Toyota Camry dari arah bertentangan dipercayai cuba mengelak kenderaan mangsa namun gagal hingga mengakibatkan kenderaan Toyota Camry itu berpusing sebelum melambung dan merempuh kenderaan mangsa.

Akibat rempuhan, mangsa dan dua lagi kanak-kanak tercampak keluar dari kenderaan dan maut di tempat kejadian. Mangsa yang maut, Muhammad Syafiq Isyammuddin, 25 dan seorang kanak kanak lelaki dan perempuan dalam lingkungan dua tahun.

Manakala empat lagi mangsa cedera parah dikenali sebagai Nurul Nadia Binti Baharizan 28, Khalijah Samad 79, Thean Yew Weng 25 dan Cheah Chee Choong 34 tahun.

Kesemua mangsa yang cedera di bawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh untuk menerima rawatan.

Manakala mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik di Hospital yang sama untuk dibedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 Kurungan Satu Akta Pengangkutan Jalan 1987.
loading...
AL-FATIHAH.....SUASANA SAYU.... JUMPA DI SYURGA INSAN-INSAN KESAYANGAN MAMA.. SUAMI DAN 2 ANAK MAUT PUKUL 1.15 PAGI (10GAMBAR)... MOGA ARWAH TENANG DISANA... AL-FATIHAH.....SUASANA SAYU.... JUMPA DI SYURGA INSAN-INSAN KESAYANGAN MAMA.. SUAMI DAN 2 ANAK MAUT PUKUL 1.15 PAGI (10GAMBAR)... MOGA ARWAH TENANG DISANA... Reviewed by suka hati on 3:11 pm Rating: 5
Powered by Blogger.