facebook KLIK PANGKAH UNTUK TUTUP Button Close
loading...

BETUL KE PERADABAN MELAYU ITU SUDAH LAMA WUJUDNYA???



Jangan diremehkan!

Dalam buku sejarah kuno China, terdapat sebuah catatan geografi dalam Kepustakaan Dinasti Han, Hon Shu Oi Li Zhi, menyatakan pada zaman Maharaja Han Wu Di, yang hidup pada tahun 140 hingga 87 SM, sudah dibuka perjalanan dari China ke India, melalui Semenanjung Tanah Melayu. Maksudnya, pada abad kedua SM sudah wujud perhubungan China dengan Alam Melayu, iaitu sudah ada manusia yang dipanggil Melayu. Sudah wujud suatu peradaban yang jangan diremehkan.

Berikutnya, bahagian selatan China pernah menjalin perhubungan dengan Tenggara Asia. Maharaja Sun Quan, 222 hingga 252 M pernah mengirim Zhu Ying dan Kang Tai bagi menjalin muhibah dengan beberapa negeri di Alam Melayu. Malah Zhu Ying menulis sebuah buku yang berjudul Fu Nan Yi Wu Zhi, iaitu Barang-Barang Aneh di Funan, dan Kang Tai pula menulis sebuah buku, Wu Shi Wai Guo Zhuan iaitu Hikayat Negeri-Negeri Asing pada Masa Kerajaan Wu. Mereka membuat catatan rapi mengenai negeri-negeri di Alam Melayu. Inilah dokumentasi sejarah terawal mengenai peradaban Melayu dalam abad ke-3. Walaupun buku ini sudah musnah, tetapi ada kutipan-kutipan daripada buku ini yang dapat ditemui dalam buku sejarah berikutnya.

Dalam kebayakan catatan sejarah, kunjungan seorang sami Buddha I-Tsing, ke Sriwijaya pada tahun 671 M, iaitu pada zaman Maharaja Tang, adalah termasyur. Apabila I-Tsing singgah di Sriwijaya dalam pelayaran ke India, beliau mendapati pengajian dalam bidang agama, budaya dan bahasa sudah mencapai tahap yang sangat manju. Oleh sebab itu beliau tinggal di Sriwijaya dan belajar sebagai persiapan sebelum meneruskan pelayaran ke India. Oleh sebab kejayaan beliau itu, I-Tsing menasihatkan para sami Buddha dari China supaya "singgah di Sriwijaya selama satu atau dua tahun bagi mempelajari ilmu Buddha tersebut sebelum pergi ke India." Akibatnya, ramai sami Buddha China ini singgah di Sriwijaya da nada yang tidak mahu balik pulang ke Guangzhou semula. I-Tsing sangat menyedari kepentingan bahasa Melayu, Kunlun, dan mempengaruhi sami Buddha China yang lain supaya tinggal di Sriwijaya dan mempelajarinya.

Perhubungan erat seperti inilah yang berterusan hingga ke abad ke-15, iaitu pada zaman Empayar Sriwijaya menurun dan pusat politik dan perniagaan Melayu itu berpindah ke Empayar kesultanan Melaka. Inilah kedudukan perhubungan China dengan Alam Melayu, yang dapat dikatakan mencapai kemuncaknya pada zaman Dinasti Ming. Pada zaman inilah Laksamana Cheng Ho datang melawat ke Samudera Barat sebanyak tujuh kali, tetapi misi Maharaja China itu adalah misi damai dan tidak ppernah mana-mana wilayah Melayu itu ditakluki oleh China.

Apabila empayar Melaka ini jatuh ke tangan Portugis, pusat kerajaan Melayu terus membangun dan berkembang di Acheh, Pasai, Medan, Patani, Brunei. Namun, kepulauan Riau, Lingga, Johor dan Pahang.

Dua wilayah inilah, Johor Riau yang menjadi pusat bahasa Melayu seterusnya, hinggalah sampai ke zaman penjajahan kuasa Eropah, dan kemerdekaan pada pertengahan abad ke-20.

Lihat pembicaraan C.A. Mees, Tatabahasa dan Tatakalimat (1969: 1-15) dan Abdul Malik, Memelihara Warisan Yang Agung (2009: 142-155) bagi melihat pembicaraan yang lebih rinci mengenai zaman Kesultanan Melaka hingga ke Johor Riau, dan seterusnya hiongga bahasa Melayu itu dimertabatkan sebagai Bahasa Nasional Indonesia.

Sumber: Daripada kertas kerja Abdullah Hassan bertajuk "Kepulauan Riau sebagai Tempat Asal Bahasa Nasional Indonesia" disampaikan pada 2 Ogos 2010, di Universiti Maritim Raja Ali Haji, Tanjungpinang, Riau.

Sumber peta: peta dalam buku Gavin Menzies berjudul ‘Who Discovered America?’ Namun ada sarjana yang mengatakan peta berusia 600 tahun ini adalah rekaan semata.


Prof Abdullah Hassan
loading...
BETUL KE PERADABAN MELAYU ITU SUDAH LAMA WUJUDNYA??? BETUL KE PERADABAN MELAYU ITU SUDAH LAMA WUJUDNYA??? Reviewed by azaril on 1:53 pm Rating: 5
Powered by Blogger.