facebook KLIK PANGKAH UNTUK TUTUP Button Close
loading...

Video “Tahniah bro lu memang hero.”


KUALA LUMPUR, 23 Disember:

Pengguna media sosial memuji tindakan seorang lelaki menyelamatkan seorang wanita yang terperangkap di dalam sebuah kereta yang terjunam ke dalam laut.


Dalam video yang dimuat naik Facebook Sukan Star TV, lelaki tidak berbaju itu dilihat berenang membantu wanita terbabit, dipercayai pemandu kereta jenis Toyota Vios, ke dalam laut.


Video berdurasi satu minit itu menunjukkan lelaki tersebut memapah wanita berbaju merah itu ke darat, yang kelihatan masih berada dalam kejutan susulan dari kemalangan itu.


Dalam video itu juga, terdapat dua individu lain berada di dalam air, dan juga penonton yang lain di sepanjang pantai bagi membantu menyelamat wanita itu.


Difahamkan, kejadian itu berlaku semalam di kawasan dermaga Stulang Laut di Johor Baharu. 

Pengguna Facebook, Teh Hanie mengulas: “Syabas kepada pemuda yang menyelamatkan mangsa kejadian tersebut!”

“Ia adalah tindakan sangat berani dari lelaki itu yang mengambil risiko hidupnya untuk menyelamat seorang yang tidak dikenalinya, walaupun kelihatan air itu seperti tidak terlalu dalam tetapi apa sahaja boleh berlaku,” kata pengguna Kalami Sahidan.


Manakala pengguna lain, Muhammad Fami juga berkata: “Maka berputiklah cinta antara amoi dan brader itu. Tahniah bro lu memang hero.”



sumber : therakyatpost.com/
loading...
Video “Tahniah bro lu memang hero.” Video “Tahniah bro lu memang hero.” Reviewed by azaril on 2:37 pm Rating: 5
Powered by Blogger.