facebook KLIK PANGKAH UNTUK TUTUP Button Close
loading...

Kajian belanja kahwin mahal penyebab usia perkahwinan singkat

Lagi mahal belanja kahwin, lagi singkat usia perkahwinan | PERKAHWINAN adalah momen indah yang hanya di rasai sekali seumur hidup. Jadi, tak hairanlah jika ada di antara pasangan yang sanggup belanja beribu ringgit untuk meraikan hari indah tersebut.

Tetapi, kajian mendapati, semakin besar dan mahal belanja kahwin tersebut, semakin singkat hubungan pasangan itu nanti.

Laporan daripada Dailymail.UK, sebuah kajian yang dilakukan oleh dua orang profesor dalam bidang ekonomi dari Emory University, Amerika Syarikat mendapati, semakin banyak kos yang dikeluarkan untuk perkahwinan, semakin singkat usia perkahwinan mereka.


Kajian tersebut dilakukan kepada lebih daripada tiga ribu orang yang telah berkahwin dan pernah berkahwin.

Daripada kajian tersebut mendapati bahawa semakin besar kos yang dikeluarkan untuk perkahwinan, ternyata semakin tinggi kemungkinan penceraian akan berlaku.

Dua profesor tersebut iaitu Andrew Francis dan Hugo Mialon menyatakan berlakunya penceraian adalah kerana pasangan bergaduh disebabkan hutang kos perkahwinan keliling pinggang.

Bukan tak boleh nak buat majlis besar-besaran, tapi biarlah ikut kemampuan supaya tak susah di kemudian hari.

loading...
Kajian belanja kahwin mahal penyebab usia perkahwinan singkat Kajian belanja kahwin mahal penyebab usia perkahwinan singkat Reviewed by azaril on 11:26 pm Rating: 5
Powered by Blogger.