facebook KLIK PANGKAH UNTUK TUTUP Button Close
loading...

Cara dan Niat Solat Sunat Istikharah

 
Solat sunat dua rakaat(juga boleh dikerjakan sehingga 12rakaat dengan 6 salam) ni dikhaskan untuk memohon petunjuk daripada Allah swt, sesuai ketika kita berada dalam situasi was-was atau ragu-ragu untuk memilih keputusan yang terbaik.
Rasulullah SAW bersabda:  “Di antara kebahagiaan anak Adam ialah Solat Istikharah (minta pilih) daripada Allah Taala dalam segala urusannya dan di antaranya kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan solat Istikharah daripada Allah pada segala urusannya.”
Solat Sunat Istikharah boleh dikerjakan samada di waktu malam atau siang(waktu yang dibolehkan), seafdhalnya di waktu malam, waktu yang sesuai untuk bermunajat dengan Pencipta kita.
Cara Solat Sunat Istikharah.
Sahaja aku solat sunat dua rakaat kerana Allah Taala.
b.  Antara surah yang dianjurkan ulama ialah:
Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun (1 kali).
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (1 kali).
Atau;
Rakaat pertama, bacalah ayat Al-Kursi (7 kali).
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (11 kali).
c.  Dalam sujud akhir, baca tasbih berikut sebanyak 40 kali:
Maha Suci Dikau yang tiada ilmu bagi kami kecuali apa yang Dikau ajarkan (tunjukkan) kepada kami. Sesungguhnya Dikau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana!
d.  Sebelum bangkit dari sujud, mohonlah kepada Allah SWT. dipertunjukkan jalan yang betul dalam membuat keputusan dan pilihan.
e.  Selesai memberi salam, bacalah selawat untuk dihadiahkan kepada Rasulullah SAW, para sahabat Baginda, para wali Allah dan seluruh umat Islam.
f.   Membaca doa solat sunat Istikharah:
 
 
g.  Ulangilah doa tersebut sebanyak 3 kali. Dalam berdoa sebaik-baiknya sebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah SWT. misalnya: “Ya Allah! Jika Dikau mengetahui urusan ini..….. (sebutkan perkaranya).” 
 h.  Serahkanlah sepenuh keyakinan kepada Allah SWT. sambil bermohon kepada-Nya agar diberikan petunjuk, sama ada didatangkan melalui mimpi, gerak hati atau dengan dipermudahkan urusan yang mana baik. Tidurlah dalam keadaan berwuduk dan berpakaian bersih.
 i.  Lakukan solat Istikharah 3 atau 7 hari berturut-turut, mengikut kepentingannya. Insya-Allah akan diberi kecenderungan atau digerakkan hati untuk membuat sesuatu keputusan atau pilihan yang betul.
Sumber: ShafiQalbu
Solat Sunat Istikharah ni dilakukan bila untuk memilih satu-satu keputusan atau boleh dilakukan sepanjang masa?
Dalam hidup ni, setiap masa kita perlukan memilih mana yang terbaik, daripada seringkas-ringkas perkara hinggalah kepada sesuatu yang komplikated. Even untuk memilih mana satu makanan yang terbaik di waktu makan tengah hari pun memerlukan satu keputusan yang baik untuk kebaikan tubuh badan kita kan? So, InsyaAllah jika setiap masa kita melakukan solat sunat istikharah beserta doanya, setiap keputusan yang kita amik pasti dipermudahkan dan mendapat keberkatan & keredhaanNya.
Firman Allah SWT dalam surah Ali Imran, ayat 103: “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya.”
loading...
Cara dan Niat Solat Sunat Istikharah Cara dan Niat Solat Sunat Istikharah Reviewed by azaril on 2:23 pm Rating: 5
Powered by Blogger.