facebook KLIK PANGKAH UNTUK TUTUP Button Close
loading...

M'sia Diancam Perang? AS Kerah Jet Pengintip Ke S'pura.

PESAWAT pengintip P8 Poseidon milik AS.

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) dan Singapura bersetuju tentang penghantaran pertama pesawat pengintip AS, P8 Poseidon ke Singapura, bulan ini dalam tindak balas terbaru berhubung tuntutan China di Laut China Selatan.
Dalam satu kenyataan bersama selepas pertemuan di Washington kelmarin, Setiausaha Pertahanan AS, Ash Carter (gambar) dan Menteri Pertahanan Singapura, Ng Eng Hen menyambut baik kerahan pesawat itu ke Singapura mulai 7 hingga 14 Disember ini.
Kenyataan itu menyebut, kerahan pesawat P8 ke Singapura akan menggalakkan keupayaan beroperasi dengan tentera di rantau Asia Tenggara menerusi pe­nyertaan dalam latihan ketenteraan secara dua hala atau berbilang hala di samping menyokong usaha keselamatan maritim serta operasi Bantuan Bencana Dan Kemanusiaan serantau.
Seorang pegawai pertahanan AS berkata, kerahan selanjutnya di Singapura adalah dijangka.
Penghantaran pesawat pe­ngintip itu bagaimanapun dikhuatiri akan menimbulkan kemarahan Beijing yang bertelagah dengan Washington berhubung isu tuntutan bertindih di Laut China Selatan melibatkan Kepulauan Spratly.
China menuntut hampir kesemua laut itu yang kaya dengan sumber gas dan minyak selain menjadi laluan maritim utama dengan nilai dagangan melebihi AS$5 trilion (RM21.43 bilion) pada setiap tahun.
AS telah mengendalikan operasi pesawat P8 dari Jepun dan Filipina selain melakukan penerbangan pemantauan dari Malaysia.
Washington dan Singapura mempunyai hubungan pertahanan yang lama, manakala pengumuman penghantaran pesawat P8 itu merupakan sebahagian daripada Perjanjian Kerjasama Pertahanan yang dikemas kini dan ditandatangani oleh Carter dan Eng Hen.
Di bawah perjanjian itu juga, AS dan Singapura akan berkerjasama dalam memerangi keganasan rentas negara dan kegiatan lanun.
Washington sebelum ini mengkritik Beijing kerana menebus guna beberapa pulau di Kepulauan Spratly.
Pada bulan lalu, Presiden AS, Barack Obama menggesa negara-negara berkepentingan supaya berhenti daripada membina pulau buatan manusia dan menggunakan kekuatan ketenteraan untuk mengukuhkan tuntutan masing-masing di kepulauan itu.
Namun, China tetap bertegas bahawa ia akan terus membina fasiliti tentera dan awam di zon tuntutan bertindih itu.
Selain China, Kepulauan Spratly turut dituntut oleh Vietnam, Filipina, Malaysia, Taiwan dan Brunei. – Reuters
loading...
M'sia Diancam Perang? AS Kerah Jet Pengintip Ke S'pura. M'sia Diancam Perang? AS Kerah Jet Pengintip Ke S'pura. Reviewed by azaril on 4:59 pm Rating: 5
Powered by Blogger.