Di Malaysia Panda Dilayan Lebih Baik Dari Manusia...
Seorang ahli parlimen PAS melahirkan rasa terkilannya bahawa panda gergasi di Zoo Negara mendapat layanan lebih baik daripada kebanyakan rakyat negara ini.
"Menguruskan pusat pemuliharaan panda bukannya murah. Panda dilayan dengan baik di bumi bertuah ini," kata Ahmad Baihaki Atiqullah (PAS-Kubang Kerian) pada sidang Dewan Rakyat.
Beliau berkata demikian selepas Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Hamin Samuri mendedahkan kepada Dewan berhubung kos yang ditanggung oleh kerajaan dan Zoo Negara bagi memelihara binatang berkenaan.
"Kos operasi dan penyelenggaraan adalah RM2.25 juta setiap tahun yang ditanggung oleh Zoo Negara.
"Kerajaan telah membayar RM6.94 juta sebagai yuran pemuliharaan kepada China sejak 2014 seperti yang ditetapkan dalam perjanjian antara kedua-dua negara," katanya.
Menurut Perjanjian Pemuliharaan Antarabangsa Malaysia-China, dua ekor panda itu akan tinggal di Malaysia selama 10 tahun.
Hamin juga berkata Malaysia akan membayar AS$600,000 (kira-kira RM2.52 juta) sebagai yuran pemuliharaan ke China untuk dua anak panda kembar yang dilahirkan pasangan panda itu yang akan ditanggung oleh Zoo Negara.
Ahmad Baihaki, seterusnya bertanya, "Adakah wang yang dibelanjakan untuk pandaitu mencapai objektif negara untuk menarik lebih ramai pengunjung ke Zoo Negara dan Malaysia?"
Hamin berkata, Zoo Negara mencatatkan peningkatan pengunjung sebanyak 20 peratus.
Manakala, manfaatnya, kata beliau boleh dilihat dari segi diplomatik di mana nilai dagangan RM200 bilion dicatatkan antara Malaysia dan China lapor Malaysiakini

loading...
Di Malaysia Panda Dilayan Lebih Baik Dari Manusia...
Reviewed by azaril
on
3:01 pm
Rating: