facebook KLIK PANGKAH UNTUK TUTUP Button Close
loading...

EMAS DALAM BATU!! RUPANYA BATU PYRITE YANG DIAMBIL.

Apa itu batu pyrite? Pernahkah anda melihatnya sebelum ini? Atau mungkin anda rasa telah menjumpai emas di tepi jalan ketika pulang dari membeli pisang goreng. Itulah yang telah terjadi kepada penduduk Kampung Pulau Kerengga,

Terengganu yang mana telah menemui batu-batu tersebut mirip seperti emas di bahu jalan sepertimana yang telah dilaporkan oleh portal Kosmo.

Tetapi keterujaan mereka itu hanyalah sementara waktu dan kehampaan jelas terbayang setelah mengetahui batu yang disangka emas itu adalah sebenarnya disebut sebagai Batu

Pyrite. Ia tidak mempunyai nilai di pasaran. Tapi harus diingat setiap apa yang tuhan jadikan bukanlah sia-sia semuanya dan tentu ada gunanya cuma sebagai manusia yang kekurangan maklumat ianya dianggap tidak berguna.

Apa yang menarik di sini adalah sebilangan besar penduduk kawasan tersebut sanggup menghabiskan masa bagi mengutip dan mengumpulkan batu-batu yang disangka emas itu. Apa yang menarik lagi adalah penggunaan aplikasi komunikasi sosial seperti Telegram,

WhatsApp, WeChat dan sebagainya menjadikan kisah penemuan batu emas itu mula tersebar dengan cepatnya dan seperti pepatah “ada gula, adalah semut” secara automatiknya membuatkan warga setempat datang ke kawasan itu untuk mengumpulkan batu-batu tersebut.

Oleh yang demikian, di bawah ini adalah serba-sedikit maklumat berkaitan perbezaan batu pyrite dan emas bertujuan agar kita tidak tertipu dengan warna dan kilauan yang seterusnya kita anggap bahawa ia adalah emas.

Secara fizikal bijih emas yang dilihat hampir menyerupai dengan pyrite, markasit, dan chalcopyrite dari warnanya, namun itu dapat dibezakan dari seg sifatnya yang lembut, berat, tinggi, dan muncung yang keemasan. Emas pula dikaitkan dengan perak, arsenopirit, kuarza dan pyrite.
emas1
emas2Emas
Sifat fizikal emas sangat stabil, ia tidak menghakis ataupun dan jarang mempunyai unsur kimia lain. Kekonduksian elektrik dan termalnya sangat baik, dilentur sehingga dapat dibentuk dan juga bersifat mulur. Emas adalah logam yang paling tinggi ketumpatan.

Orang sering tersalah anggap bahawa pyrite itu sebagai emas kerana kilauannya memang seperti emas. Kadang-kadang ada yang bertanya, apakah pyrite ini emas? Atau apakah pyrite ini mengandung emas ?
pyrite1
pyrite2Pyrite
Pyrite dengan formula kimia fes2, merupakan salah satu daripada jenis mineral sulfida yang umumnya ditemui di alam, ia adalah hasil sampingan suatu endapan hidrotermal ataupun sebagai mineral aksesori dalam beberapa jenis batuan. Secara deskriptif, pyrite ini mempunyai warna kuning keemasan dengan logam yang berkilau. Struktur kristal pyrite dan emas sama-sama kubik, perbezaan adalah dari sifat dimilikkinya. Emas lebih mudah ditempa daripada pyrite. Andai diberikan tekanan, pyrite akan hancur berkeping-keping, sedangkan emas tidak mudah hancur kerana lebih mudah ditempa.

Cara yang cukup mudah untuk membezakan emas dengan pyrite adalah dengan melihat gilapannya di bawah mikroskop. Biasanya di bawah mikroskop pantulan kilauan emas kelihatan berbentuk tak sekata berbanding pyrite yang kadang-kadangnya berbentuk kubik.

Walaupun ia sama-sama isotropik, tetapi keunggulan emas tidak dapat ditandingi oleh pyrite, begitu juga bentuknya. Cara lain adalah menganalisis kandungan kimia, misalnya dengan microprobe atau SEM plus EDX, dengan cara ini dapat dibezakan pyrite atau emas.

Kerana emas dapat dikaitkan dengan pyrite, maka emas tersebut membolehkannya terdapat di dalam pyrite, yang dikenal dengan istilah refractory gold. Emas ini biasanya hadir bersama-sama arsenik (arsenian pyrite atau arsenopyrite).

Emas merupakan bahan mineral logam galian yang sememangnya mempunyai nilai tinggi baik dari sisi harga maupun penggunaan. Logam ini juga merupakan logam pertama yang dilombong kerana sering dijumpai dalam bentuk logam tulen.

Secara geokimia, emas merupakan unsur siderophile yang seakan besi dan sedikit chalcophile yang mengandungi belerang. Oleh kerana sifatnya ini maka emas banyak berikatan dengan mineral-mineral besi atau penstabil pada penyangga besi (magnetit / hematit). Di alam ini, sumber emas terbesar adalah pada teras bumi, kerana kandungan teras bumi adalah 100% besi, dengan sedikit unsur-unsur ringan, seperti belerang, silikon dan oksigen.

Emas secara semulajadi dapat ditemui pada beberapa mineral seperti emas tulen, kalaverit, silvanit, krenerit, electrum, nagyagit dan uytenbogaardtit. Emas tulen mengandungi kira-kira 2-20% perak dan 0,1-0,5% tembaga. Elektrum emas pula yang mengandungi 30-50% perak. Berdasarkan hasil analisis geokimia, kandungan emas rata-ratanya berada di permukaan bumi (kerak bumi). Emas mempunyai nombor atom 79 dan nama kimianya adalah aurum atau Au. Emas termasuk golongan unsur asli dengan sedikit kandungan perak, tembaga, atau besi. Warnanya kuning keemasan dengan kekerasan 2,5-3 skala

Mohs. Bentuk kristal isometric Octahedron atau Dodecahedron. Specific gravity 15,5-19,3 pada emas tulen. Makin besar kandungan perak, makin berwarna keputih-putihan.

loading...
EMAS DALAM BATU!! RUPANYA BATU PYRITE YANG DIAMBIL. EMAS DALAM BATU!! RUPANYA BATU PYRITE YANG DIAMBIL. Reviewed by azaril on 8:23 pm Rating: 5
Powered by Blogger.