KHASIAT BAWANG PUTIH UNTUK KESIHATAN
Khasiat BAWANG PUTIH Untuk Kesihatan | Anda suka makan bawang putih? Bawang putih (Allium sativum) merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Alliaceae sama seperti lain-lain jenis bawangiaitu bawang besar, bawang merah, lik , dan kucai.
Bawang putih sangat berguna dan selalu digunakan rutin dalam bahan masakan harian seperti sup, sayur-sayuran, bahan perapan dan sebagainya. Malahan di negara Korea, menjadi budaya penduduk di sana untuk memakan bawang putih mentah secara mentah sama ada di kebun atau di kuil. Antara sebabnya ialah menurut kajian saintis yang dijalankan menyatakan bahawa bawang putih mentah tersebut dapat mengurangkan penyempitan kolesterol pada saluran darah dalam kardiovaskular manusia
Dalam masa yang sama, bawang putih mempunyai sangat banyak khasiat terutama untuk kesihatan.
Khasiat Bawang Putih Untuk Kesihatan
Antara khasiat-khasiat bawang putih untuk kesihatan ialah:
- Membunuh parasit
- Membantu dalam sistem pernafasan
- Perbaiki sistem penghadaman
- Kandungan tenaga yang rendah
- Anti bakteria
- Mengelakkan penyakit serangan jantung
- Mengurangkan tekanan darah tinggi dan penyakit kanser
- Mengurangkan penyempitan kolesterol pada saluran darah dalam kardiovaskular manusia
- Kurangkan kandungan gula dalam badan
- Mengurangkan batuk
- Bertindak sebagai antibiotik di dalam tubuh manusia
- dapat memecahkan kolesterol yang menyekat perjalanan darah pada salur darah dan kolesterol
- Menyegarkan pernafasan
Tidak rugi rasanya sekiranya kita rajin mengamalkan pemakanan yang mengandungi bawang putih.
loading...
KHASIAT BAWANG PUTIH UNTUK KESIHATAN
Reviewed by azaril
on
8:44 pm
Rating: