facebook KLIK PANGKAH UNTUK TUTUP Button Close
loading...

(VIDEO VIRAL) : Seekor Penguin Kembara Beribu Batu Setiap Tahun Untuk Melawat Lelaki Yang Menyelamatkannya...SUNGGUH MENGEJUTKAN KEADAANNYA...



Binatang memang tak akan pernah lupa jasa sesiapa yang pernah menyelamatkannya. Banyak cerita dan video yang pernah kita tengok mereka tidak ingin meninggalkan manusia yang selamatkan nyawa mereka.

Pada Mac 2011, João Pereira de Souza seorang lelaki berusia 71 tahun, menjumpai seekor penguin Magellan dari Patagonia terdampar di sebuah pantai di Brazil berhampiran rumahnya. Badan penguin itu dipenuhi minyak dan berjuang untuk terus hidup.

Lelaki ini membersihkan salah satu spesies burung itu, memberinya makan dan biarkan penguin tersebut berehat sebelum membawa semula ke laut tetapi penguin itu tidak ingin meninggalkannya. Selepas de Souza cuba untuk melepaskannya kembali ke laut, penguin itu akan berenang semula ke tanah dan pergi ke rumah de Souza. Sejak itu persahabatan antara mereka bermula.

Penguin yang diberi nama JingJing akan keluar ke laut selama beberapa hari atau kadang-kadang berbulan-bulan tetapi tetap akan kembali semula ke rumah de Souza. “Saya tak pernah melihat makhluk sebegini ingin rapat dengan manusia. Saya akan membiarkan dia pergi bila-bila masa saya mahu, tetapi dia tetap akan kembali ke sini,” kata De Souza. 

Sumber: era.fm
loading...
(VIDEO VIRAL) : Seekor Penguin Kembara Beribu Batu Setiap Tahun Untuk Melawat Lelaki Yang Menyelamatkannya...SUNGGUH MENGEJUTKAN KEADAANNYA... (VIDEO VIRAL) : Seekor Penguin Kembara Beribu Batu Setiap Tahun Untuk Melawat Lelaki Yang Menyelamatkannya...SUNGGUH MENGEJUTKAN KEADAANNYA... Reviewed by azaril on 8:54 pm Rating: 5
Powered by Blogger.