facebook KLIK PANGKAH UNTUK TUTUP Button Close
loading...

Ciri-Ciri Wanita Idaman Lelaki


Apabila seorang lelaki menemui seorang wanita, banyak perkara yang akan dilihatnya. Seperti paras rupa, penampilan, cara berjalan atau bentuk tubuhnya. Itulah penampilan wanita yang akan membuatkan lekai terpesona dan berhasrat untuk berkenalan dengannya.

Jom kami kongsikan beberapa ciri-ciri wanita yang menjadi idaman lelaki.


Wanita cantik luar dalam


Wajah cantik dari seorang wanita tidak cukup menarik hati lelaki tanpa ada keperibadian yang baik. Wajah cantik tidak mampu bertahan lama bila tidak disertai dengan tutur kata yang lembut dan penuh kasih sayang. Lelaki biasanya akan bertahan bila mereka memiliki wanita yang cantik luar dan dalam.



Wanita yang dapat membuat lelaki menjadi lebih baik


Sebagai kekasih tidak salah jika anda membantu mengatasi kelemahan dan kekurangannya. Sebagai pasangan, sentiasa memberikan semangat buat lelaki .


Wanita cerdas


Lelaki menyukai wanita yang cerdas untuk diajak bicara apa saja. Jika anda tahu sedikit banyak tentang keadaan yang terjadi di dunia, hal ini akan memberi nilai tambah sewaktu berbincang dengannya.

Tidak ada salahnya menambah wawasan dengan membaca al Quran, menonton berita atau pun ilmu pengetahuan yang ada di media elektronik. Hal tersebut sangat bermanfaat bagi anda dalam menjalinkan hubungan.


Wanita yang penuh hormat terhadap pasangan


Lelaki menyukai wanita yang hormat hormat pada kekasihnya. Lelaki akan menghormati dan melindungi anda kerana perlakuan sayang yang diberikan terhadapnya. Lelaki akan berasa dihargai dan membuatkan cintanya bertambah kepada anda.


Wanita ramah mudah bergaul dengan teman dan keluarganya


Lelaki senang apabila anda dekat dengan teman dan keluarganya. Kerana mereka adalah penting dalam hidupnya. Dari kecil hingga dewasa teman dan keluarga adalah tempat sandaran jika menghadapi masalah.


Wanita penuh cinta dan setia


Lelaki senang memiliki pasangan yang mencintainya sepenuh hati. Kebanyakan lelaki mahukan cinta yang kukuh dan setia.
loading...
Ciri-Ciri Wanita Idaman Lelaki Ciri-Ciri Wanita Idaman Lelaki Reviewed by azaril on 10:31 pm Rating: 5
Powered by Blogger.