KELUASAN NERAKA YANG AMAT DAHSYAT
Rasulullah SAW bersabda: “Ya Jibrail, jelaskan kepadaku sifat Jahannam.” Jawabnya: “Ya. Ketika ALLAH menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun hingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya.
Demi ALLAH yang mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu daripada orang lelaki dan perempuan.”
Rasulullah SAW bertanya: “Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?” Jawabnya: “Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70’000 tahun, tiap pintu lebih panas daripada yang lain 70 kali ganda.”
Tanya Rasulullah SAW, “Siapakah penduduk untuk setiap pintu?” Jawab Jibrail: “Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yang kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat
Nabi Isa a.s serta keluarga Firaun, sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim. Pintu ketiga tempat orang shobiin bernama Saqar. Pintu keempat tempat
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim. Pintu ketiga tempat orang shobiin bernama Saqar. Pintu keempat tempat
Iblis dan pengikutnya daripada kaum majusi bernama Ladha. Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu keenam tempat orang nasara bernama Saeir.
Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah SAW sehingga ditanya: “Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?” Jawabnya: “Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar daripada umatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat.”
Maka Rasulullah SAW jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail kepala Rasulullah SAW di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar, Baginda bersabda: “Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari umatku yang akan masuk ke dalam neraka?”
Jawabnya: “Ya, iaitu orang yang berdosa besar dari umatmu.” Kemudian Rasulullah SAW menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Baginda masuk ke dalam rumahnya, tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudiab kembali dan tidak berbicara dengan sesiapa dan kerap menangis semasa sembahyang dan selalu berdoa kepada ALLAH.
Dari Hadis Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari-KU. Tahukah kamu bahawa jahannam-KU itu:
● Mempunyai tujuh tingkat.
● Setiap tingkat mempunyai 70’000 daerah.
● Setiap daerah mempunyai 70’000 kampung.
● Setiap kampung mempunyai 70’000 rumah.
● Setiap rumah mempunyai 70’000 bilik.
● Setiap bilik mempunyai 70’000 kotak.
● Setiap kotak mempunyai 70’000 batang pokok zarqum.
● Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70’000 ekor ular.
● Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
● Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70’000 rantai.
● Setiap rantai diseret oleh 70’000 malaikat.
● Setiap tingkat mempunyai 70’000 daerah.
● Setiap daerah mempunyai 70’000 kampung.
● Setiap kampung mempunyai 70’000 rumah.
● Setiap rumah mempunyai 70’000 bilik.
● Setiap bilik mempunyai 70’000 kotak.
● Setiap kotak mempunyai 70’000 batang pokok zarqum.
● Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70’000 ekor ular.
● Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
● Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70’000 rantai.
● Setiap rantai diseret oleh 70’000 malaikat.
Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua
Wallualam
loading...
KELUASAN NERAKA YANG AMAT DAHSYAT
Reviewed by azaril
on
9:21 am
Rating: