Hukum Bunuh Diri dan Tanam Di Mana???? adakah perlu ditanam di tempat jauh dr pekuburan org islam?
Soalan
assalamualaikum ustaz...saya ingin bertanya, hukum bunuh diri adalah berdosa besar, adakah orang islam yang bunuh diri dan jenazahnya dikebumikan di dalam kawasan tanah perkuburan orang islam???apakah hukumnya??
Jawapan
Waalaikumussalam,setelah kematian seseorang tersebut maka orang hidup perlu melaksanakan 4 perkara iaitu:
1.Mandi
2.Kapan
3.Sembahyang/solat dan
4.Mengkebumikan
Hal ini tidak ada pengecualian termasuk mereka yang membunuh diri. Cuma mereka yang membunuh diri itu hukumnya berdosa besar diazab sengsara di api neraka.Dalam soal pembunuhan terdapat perselisihan bagaimana hendak mengkebumikan jenazah yang mati kerana membunuh diri.
Pernah berlaku pada zaman baginda ada orang Islam yang membunuh diri,tetapi baginda tidak mahu menguruskan termasuk menyembahyang dan mengkebumikan, lantas perbuatan baginda ditegur oleh Allah SWT.
Justeru panel ingin bertanya ke mana hendak dikebumikan mayat orang yang mati kerana membunuh diri? Jika di darat sudah tentu tempat yang telah dikhaskan iaitu di tanah perkuburan manakala jika dia membunuh dalam pelayaran sudahpasti tempatnya ialah di perut laut.
Oleh itu panel nasihatkan agar mayat mereka yang membunuh diri tersebut hendaklah dikebumikan di tanah perkuburan islam di tepi pagar hujung2 jauh dr org2. Soalnya sama ada dia masih Islam atau tidak ia bukannya urusan manusia yang cetek ilmunya jika dibandingkan dengan Allah SWT.
sumber = https://www.youtube.com/watch?v=O8g20bb2-QQ
loading...
Hukum Bunuh Diri dan Tanam Di Mana???? adakah perlu ditanam di tempat jauh dr pekuburan org islam?
Reviewed by azaril
on
10:58 am
Rating: