Siti Nurhaliza Tabah, Ada Peluang Hamil Semula - Datuk K
PETALING JAYA: Suami kepada penyanyi Datuk Siti Nurhaliza iaitu Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa menyifatkan isterinya seorang yang sangat kental dan tabah dengan ujian Allah apabila kandungan yang berusia kira-kira dua bulan gugur.
Khalid berkata, ketika doktor memberitahu berita berkenaan, reaksi wajah Siti nampak sedih, namun beliau tenang menerima hakikat bahawa anak yang dikandung itu sudah tiada.
"Mujurlah doktor yang kami jumpa seorang yang sangat profesional ketika memberitahu tentang berita keguguran tersebut.
"Doktor turut memberi kata-kata positif bahawa Siti masih lagi ada harapan untuk mengandung dengan mudah selepas ini. Dan perkara itu membuatkan dia tenang sedikit.
Siti Nurhaliza
Siti menerusi Instagram miliknya pada pagi Selasa berkongsi berita sedih mengalami keguguran pada usia kandungan dua bulan.
Dalam pada itu, Khalid berkata, walau apa yang berlaku dia tetap sayangkan isterinya itu.
"Dia seorang yang sangat kuat. Benar kami mahukan anak. Tetapi walau apa yang berlaku saya tetap cintakan Siti," tuturnya.
Sementara itu, Khalid berkata, Siti akan berpantang selama dua minggu dan akan ke Jakarta bagi urusan kerja.
Kemudian dia merancang ingin membawa Siti bercuti di mana-mana tempat peranginan agar dapat berehat dengan tenang.
"Selepas Siti ke Jakarta, dia akan berehat sekejap.
"Pada mulanya kami mahu bercuti ke Eropah tetapi kami ubah fikiran dan mahu bercuti di tempat peranginan berdekatan. Tengok dulu macam mana," ujarnya. - mstar
loading...
Siti Nurhaliza Tabah, Ada Peluang Hamil Semula - Datuk K
Reviewed by azaril
on
8:10 pm
Rating: