facebook KLIK PANGKAH UNTUK TUTUP Button Close
loading...

(VIRAL TERKINI) : Pesakit Menghadapi Sakaratul Maut. Jururawat Ini Kongsi Pengalaman Yang MENGINSAFKAN Ramai Orang !!!

Pesakit Menghadapi Sakaratul Maut. Jururawat Ini Kongsi Pengalaman Yang MENGINSAFKAN Ramai Orang !!! | Setiap orang ada bahagiannya tersendiri ketika berhadapan dengan sakaratulmaut. Ada yang sukar dan penuh dengan kengerian ketika menghadapinya. Beruntunglah bagi mereka yang melaluinya dengan mudah dan sudah dijanjikan tempat yang indah di sana.


Seperti kisah yang kami kongsikan di sini adalah secebis pengalaman seorang jururawat pelatih ketika berhadapan dengan situasi sakaratulmaut seorang pesakit wanita yang uzur.

Suara merayu kuat minta air

Apabila Sudah Dinamakan AJAL_
“Aku nak airrr….aku nak airrr…”
Suara jeritan entah dari siapa seolah menjadi ucapan ‘selamat datang’ kepada pelatih semester satu. Terpinga-pinga beberapa orang Jururawat Pelatih (JP) apabila mendengar jeritan itu. Itu merupakan hari pertama mereka di wad dan hari pertama menghidu bau ‘ubat’.
Mata masing-masing mencari siapa empunya suara yang menganggu detak jantung mereka yang laju itu. Sapa tak nervous nak oiii. Hari first nak pegang pesakit kot..
Makin lama semakin kuat suara itu.
“Mak… Aku sakit… Aku nak air.. Aku dahaga.. Ampunkan aku mak.. Ampunkan aku”.
Suara yang merayu itu semakin kedengaran kuat. Rupanya di sebalik tirai separuh tertutup berhampiran kaunter jururawat itu, empunya suara kelihatan meronta-ronta dengan kedua-dua tangan diikat di atas katil.
Tak sanggup rasanya pelatih-pelatih baru itu melihat keadaan yang bagi mereka ‘terlalu kejam’.
Mereka berpandangan sesama sendiri sambil melangkah melepasi katil terus ke kaunter jururawat yang bertugas hari itu.
JP Dahlia selaku ketua kumpulan yang terdiri dari 5 pelatih termasuk dirinya melapor diri kepada Ketua Jururawat (Sister) Shalini, yang kelihatan memeriksa peti DDA (Dangerous Drug Act) sambil mencatat sesuatu.

Asyik panggil ‘mak’ dari pagi

“Good Morning Sister, saya Dahlia dan ahli kumpulan saya ingin melapor diri kepada sister. Hari ini hari pertama kami dalam wad. Minta tunjuk ajar dari sister. Ini jadual tugasan kami” Sapa Dahlia memperkenalkan diri sambil menyerahkan jadual tugasan ahli kumpulannya.
Sister Shalini menoleh dan memberikan senyuman. “Good Morning, welcome to my ward dear Students. I am Sister incharge here. My Name is Sister Shalini.” Sister Shalini memperkenalkan dirinya kepada kumpulan pelatih itu.
Sambil matanya melihat tag nama setiap seorang pelatih dan menyebut satu-satu nama “Adawiah, Liyana, Naimah, Masfina dan… kamu Dahlia”.
****
“Hoi, pekak ke. Aku cakap aku nak air lah!!. ” Pekik pesakit tersebut menganggu perbualan antara sister dan pelatih-pelatih baru itu.
“Ros!. Apa kena dengan Makcik Zainah tu? Dari tadi asyik menjerit sahaja. Sebelum ni ok je dia kan?” Soal Sister Shalini kepada Staff Nurse (SN) Ros yang sedang duduk menulis report pesakit.
“Makcik tu kene [1] NBM (Nil By Mouth)la sister. Dari pagi tadi asyik berak darah (Malena Stool) sahaja. Nak rule out cause” Celah Dr Arman bagi menjawab soalan Sister Shalini bagi pihak SN Ros.
“I rasa tak lama dah makcik tu. Sebab asyik panggil mak dia sahaja dari awal pagi tadi. Seram I dengar.” Bisik Dr Arman perlahan.
Bisikan Dr Arman itu kedengaran janggal di telinga kumpulan Dahlia. Mereka pelik. Doktor boleh menjangkakan kematian seorang pesakit?.
——–

Katil berlecak najis

Proses orientasi wad berjalan dengan lancar. Sister Shalini menunjukkan pelatih-pelatih tersebut dimana letaknya troli ‘observation’, troli ubatan, serta lokasi cairan intravena diletakkan. Peralatan lengkap bagi mandi lap pesakit juga ditunjukkan kepada mereka. Kerana itu merupakan perkara ‘wajib’ dilakukan oleh pelatih semester satu kerana perlu mendapatkan [2] ‘cross’ bagi tatacara itu.
———-
“Dahlia, kamu dan Adawiah pergi buat observation di cubicle satu dan dua. Liyana, Naimah dan Masfina pula di cubicle tiga, empat dan lima. Jika ada apa-apa yang kamu tak pasti dan tak tahu, boleh tanya dengan mana-mana staff nurse” Sister Shalini membahagikan tugasan kepada pelatih-pelatih tersebut.
“Oh ya, kalau boleh, elakkan berkumpul satu kumpulan, nanti orang cakap kamu tak buat kerja pula”. Pesan Sister Shalini.
———
Kesemua pelatih berlalu dan melakukan tugasan mereka seperti yang diarahkan. Disebabkan kali pertama melakukan procedure itu, masa yang diambil agak lama sedikit.
Semasa Dahlia sudah siap mengambil tanda vital 5 orang pesakit, Adawiah pula masih terkial-kial mengambil tanda vital pesakit keduanya.
‘Adawiah ni lurus sangat, boleh pula buat kerja satu- satu, bukankah suhu dan nadi boleh diambil secara serentak kerana hanya nadi yang perlu dikira jumlahnya selama 1 minit sedangkan suhu badan, hanya tunggu bunyi ‘bib’ keluar dari termometer automatik itu. ‘ bisik hati Dahlia.
“Ya Allah makcik…Apa makcik dah buat ni?. Pampers entah kemana. Kain entah kemana. Janganlah macam ni makcik. Malu orang tengok.” Suara SN Miskiah kedengaran. Pantas tangannya menarik tirai katil bagi menyembunyikan pandangan pesakit lain kepada keadaan Makcik Zainah itu.
Pandangan Dahlia sempat terarah pada katil Makcik Zainah. Terbeliak mata Dahlia melihat keadaan katil yang berlecak dengan najis Makcik Zainah. Terasa nasi lemak yang dimakan pagi tadi mahu terkeluar dari perutnya. Pertama kali dalam seumur hidupnya melihat keadaan seperti itu. Meremang segala bulu romanya.
*******

Jururawat pakar cuci najis

Terngiang-ngiang kata sinis makngahnya beberapa bulan lepas semasa diberitahu bahawa Dahlia akan mengikuti kursus Diploma Kejururawatan.
“Keputusan kau elok, boleh je kalau nak masuk tingkatan Enam atau minta UPU. Tapi jadi jururawat juga yang kau puja. Eloklah tu. Lepas ni kau jadi pakar cuci najis.!!. Tak laku lah kau nanti sebab siapa nak berbinikan jururawat, asyik tengok tutt orang je”. Pedih kata-kata makciknya sampai ke ulu hati.
“Punyalah banyak kerja dalam dunia ni, kerja serupa kuli tu juga yang kau gilakan. Kerja tu selalu pilihan terakhir orang tak pandai je kaklang oiii”. Sambung makngahnya.
Tertunduk bisu Dahlia mendengar kata-kata dari kakak kepada ibunya itu. Hendak ditidakkan, orang tua. Gusar pula hati Dahlia jika makngahnya berkecil hati. Sudahlah selepas pemergian ayahnya kerana jangkitan kuman dalam salur darah, kepada keluarga mak ngahnya sahaja tempat menumpang teduh sementara menunggu ibunya selaku cleaner sekolah pulang dari kerja. Masih diingat lagi jasa menggunung orang tua itu.
“Takpelah makngah. Dahlia jadi jururawat nanti, senang semua orang. Keluar belajar dah dapat kerja. Sekurang-kurang dapat juga dahlia bantu sikit-sikit kalau ada ahli keluarga kita yang sakit. Tak sanggup Dahlia hanya tengok sahaja macam yang jadi kat arwah abah. Rasa terbatas khidmat bantuan nak diberi masa tu. Cuci luka dengan betul pun Dahlia tak tahu. Kesian arwah abah dapat anak macam Dahlia dulu”. Dalam sebak Dahlia menerangkan kepada makngah nya.
Terasa panas yang tadi menggelegak di kepala Zaleha dijirus air sejuk. Baru Zaleha tahu mengapa beria-ia benar anah buahnya itu mahu menjadi seorang jururawat. Kesal pun ada kerana berkata tidak-tidak tadi.
********

Disuruh mencuci taik

“Adik student!..Kenapa berdiri tegak macam patung cendana je saya tengok tu!! Pergilah siapkan troli untuk bantu saya cuci BO pesakit ni. Alahai. Tu pun nak ajar ke?” Sergah SN Jannah kepada Dahlia seraya mematikan lamunan Dahlia sebentar tadi.
‘Alamak, kene cuci tahi. Matilah nakkk. Mana pernah belajar kat kolej. Barang nak sediakan pun tak tahu apa ni’ Resah hati Dahlia. Melilau matanya mencari kelibat ahli kumpulannya. Kelihatan rakannya Masfina sedang melenggang kangkung menolak troli observation masuk kebilik rawatan.
Panjang langkah Dahlia mengejar Masfina.
“Mas, tahu tak ape barang nak prepare untuk cuci BO?” Soal Dahlia dengan termengah-mengah.
“Mak kau ijau.!! Terperanjat aku. Lain kali bagi salam dulu lah. Main terjah je kau. Nasib baik tak kena ‘backhand’ dari aku.” Marah Masfina.
Masfina membelek buku notanya. Nafas lega ditarik. Berguna juga dia mencatat nota penting itu. Ini semua gara-gara telah di’highlight’kan oleh seniornya berkaitan kepentingan amal jariah yang satu itu.
“Bertuah kau satu kumpulan dengan aku. Semua ‘spoonfeed’ aku bagi. Ni list barang diperlukan. Pergilah siapkan. Dan jangan kacau aku lagi”. Halau Masfina dengan nada seloroh kepada Dahlia.
“Bertuah punya student!. Kita punyalah tunggu troli tak sampai-sampai. Bergosip dalam ni rupanya korang” Sergah SN Jannah.
“Nanti saya suruh awah cuci BO tak payah pakai mask dan glove baru tahu. Dah. Cepat prepare troli”. Sengaja SN Jannah mahu menakut-nakutkan mereka.
——-

Makcik Zainah buang tebiat, meludah sana sini

Procedure dilakukan bersama-sama. Walau hampir-hampir Dahlia dan Masfina termuntah kerana hanyir najis berdarah terlalu pelik baunya. Belum lagi berhempas pulas dengan pesakit yang asyik menepis sana sini saat mahu dicuci kemaluan dan duburnya.
Tak ditambah lagi bingit telinga dengan kata-kata makian dari Makcik Zainah.
Terasa Makcik Zainah seperti ‘buang tebiat’. Diludah sana sini. Nyaris terkena SN dan pelatih yang sedang membersihkannya.
“Mak.. Tengok.. Mereka kasar dengan aku. Aku minta air. Aku nak air. Tak dibaginya. Pakaikan aku lampin macam aku budak-budak pula. Nanti aku carutkan sorang-sorang baru tahu”. Racau Makcik Zainah panjang.
Usai membersihkan pesakit. Kesemua pelatih dan SN menjalankan tugas masing-masing semula. Observatian bagi jam 12 tengah hari sedia menanti.
Tepat jam 12.30tengah hari. Dahlia dan rakan-rakannya meminta izin untuk makan tengahhari sebelum tugasan disambung semula. Mujur jarak kolej ke hospital tidak jauh. Jadi kelima-lima mereka berjalan turun ke kantin kolej sebelum naik semula menyambung tugasan sehingga jam 2 petang.
Melintas katil Makcik Zainah, kelihatan
Makcik Zainah sedang ‘tidur’.
“Hah. Diam pun. Dah letih bersilat atas katil agaknya tadi”. Desis hati Dahlia.
——–

Makcik Zainah telah meninggal dunia

Jam 1 petang, mereka naik semula ke wad.
Keliharan tirai katil Makcik Zainah ditarik penuh penutup seluruh kawasan katilnya. Troli kecemasan seperti dilanda ribut. Berselerak sana sini.
Semasa melintas, angin dari kipas menyebabkan tirai terselak sedikit. Kelima-lima pelatih berdiri terpaku melihat jasad berbalut kain putih di atas katil itu.
Bukan baru pagi tadi mereka mendengar jerit Makcik Zainah.?
Bukan baru sahaja tadi mereka menyentuh tubuh hangat Makcik Zainah?
Bukan juga tadi mereka telah melihat lena ‘tidur’nya Makcik Zainah?
Sekejap sahaja wad ditinggalkan.. Belum sampai 1 hari malah belum 1 jam lagi pun, Makcik Zainah telah diambil nyawanya oleh yang maha Esa.
Longlai langkah masing-masing. Sebak terasa di dalam hati. Yang mati dah tentu menunggu saat dibangkitkan. Mereka yang hidup ini perlu meneruskan kehidupan.
——
Hari pertama mereka, mereka melihat bagaimana ajal manusia itu ternyata tidak dapat dijangka.
Mungkin hari ini, senyum tawa kelihatan di bibir pesakit..
Hari esok, senyum tawa itu mungkin akan hilang apabila nyawa telah terpisah dari jasad.
“Tiap – tiap jiwa itu akan merasakan kematian”, Al Imran : 185
Notakaki;
Maksud;
[1] NBM = berpuasa / tidak boleh makan dan minum bagi tujuan pemerhatian symptom atau risiko intubasi..
[2] Cross = Mendapatkan tandatangan berkaitan prosedur tertentu. Hanya diberikan oleh staff yang dipilih oleh pihak kolej.
Nur Nabiila Masfuzah Binti Abdullah
Jururawat Terlatih
Sumber : FB Medical Mythbusters Malaysia
Kredit to : OHBULAN!
loading...
(VIRAL TERKINI) : Pesakit Menghadapi Sakaratul Maut. Jururawat Ini Kongsi Pengalaman Yang MENGINSAFKAN Ramai Orang !!! (VIRAL TERKINI) : Pesakit Menghadapi Sakaratul Maut. Jururawat Ini Kongsi Pengalaman Yang MENGINSAFKAN Ramai Orang !!! Reviewed by suka hati on 9:05 am Rating: 5
Powered by Blogger.