facebook KLIK PANGKAH UNTUK TUTUP Button Close
loading...

(TRENDING MALAYSIA) : Pengemis Warga Asing Menyamar Wanita Islam Raih RM 11,000 Sebulan



PETALING JAYA: Seorang wanita dari Kemboja yang kudung kedua-dua kaki mampu meraih sehingga RM 11,000 sebulan hasil dari mengemis dengna menyamar sebagai wanita muslimah di Alor Setar, Kedah.

Laporan dari Sin Chew Daily menyebut, wanita berusia 50 tahun itu akan memakai tudung dan berkerusi roda untuk mengemis di sekitar pasar yang menjadi tumpuan ramai. Wanita tersebut ditahan penguat kuasa Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kota Setar di sebuah pasar di Jalan Putra semalam dan apabila diperiksa, sebanyak 758 keping wang RM1 ditemukan didalam begnya yang diperoleh hanya dalam tempoh 2 hari.

Ketika disoal siasat, wanita itu mengaku dia memakai tudung untuk menyamar sebagai orang Islam kerana ia lebih mudah menagih sikmpati orang ramai bagi mendapatkan 'hasil' yang lebih banyak.

Selain itu, dia juga mendakwa mendapat sekurang-kurangnya RM150 dengan mengemis di pasar sekitar tiga jam dan purata pendapatan bulanan kira-kira RM3,000 hingga RM5,000 dengan rekod paling tinggi RM11,000.Sementara itu, seorang lagi lelaki yang berusia 60 tahun berkata dia terpaksa mengemis untuk menyara anak tunggalnya yang menganggur.

Walaupun tahu mengemis salah di sisi undang-undang, tetapi dia terpaksa berbuat demikian demi menyara kehidupan mereka berdua dan setiap hari anaknya akan menghantar dia ke pasar di Alor Setar untuk mengemis. Seramai 7 pengemis, termasuk 3 warga asing ditahan dalam operasi JKM bersama polis dan pusat zakat.

Sumber: FMT
loading...
(TRENDING MALAYSIA) : Pengemis Warga Asing Menyamar Wanita Islam Raih RM 11,000 Sebulan (TRENDING MALAYSIA) : Pengemis Warga Asing Menyamar Wanita Islam Raih RM 11,000 Sebulan Reviewed by suka hati on 3:39 pm Rating: 5
Powered by Blogger.