facebook KLIK PANGKAH UNTUK TUTUP Button Close
loading...

(TRENDING MALAYSIA) : TERLOPONG Mamak Tu Bila Aku Cakap “Tolong Buang Botol Yang Kat Atas Tu Dan Perempuan Tu Sekali” !!!

TERLOPONG Mamak Tu Bila Aku Cakap “Tolong Buang Botol Yang Kat Atas Tu Dan Perempuan Tu Sekali” !!! | Usah pelik dan usah tidak percaya , semua ini sememangnya ada berlaku . Bukan sahaja di kedai mamak, kedai mana-mana pun ada juga cuma caranya berbeza. Ambil ikhtibar atas kejadian ini, dan peringatan juga kepada pemilik kedai makan agar tidak melakukan perbuatan ini. Yakinlah pada rezeki yang Allah telah tetapkan untuk kita.

36

Keluar ke tempat lain pulalah. Tetapi ke mana? Kedai mamak di sini, memang bersepah tapi ke mana hala yang paling dekat dan cepat? Bukan nak makan sangat pun, cuma nak minum saja. Dapat teh tarik halia ‘kaw’ pun dah sedap. Tiba-tiba teringat pada satu kedai yang pernah dicadangkan oleh seorang kawan bertahun-tahun yang lalu. Baik, boleh cuba di situ. Lebih kurang 10 minit saja pun kalau memandu.

Sampai di kedai, jam menunjukkan 12.30 tengah malam. Punyalah ramai manusia. Hampir kesemua tempat penuh.

“Hmmm? Dia orang ni tak reti nak tidur ke? Esok tak kerja kot?”

Duduk dan order. ‘Mak aiii!’ Minah yang ambil order ini, mukanya, manis lagi cuka. Comelnya boleh tahanlah juga. Bak kata orang, sebagai penyeri kedai. Tetapi kalau muka dah kelat dan ketat, pergi mana pun takkan berseri.

Sementara menunggu minuman yang dipesan sampai, mata mula meliar sekeliling memerhatikan kedai. Entah kenapa tiba-tiba terlihat satu botol kecil diselitkan di siling penjuru pintu masuk kedai. Hati dah mula resah, mula menggaru kepala yang tidak gatal.

Kepala didongakkan lagi. Di penjuru satu lagi, terlihat lembaga perempuan berjubah hitam, tengah bertenggek di atas alang. Matanya tajam memerhatikan setiap pelanggan yang datang. Rambutnya mengerbang seperti yang kita selalu lihat dalam kaca tv.

Wajahnya, harimau tengok pun boleh pengsan. Terkopek sana sini, badannya dihayun-hayun bagai meratip. Apa yang diratipkan pun tak jelas. Sesekali apabila pelanggan baru masuk, tangannya akan dijuntaikan menyentuh kepada pelanggan.

“Ini tehnya. Makan? Tak mahu?,” tanya seorang pelayan kedai itu sambil menghentak cawan yang berisi air teh.

Kepala digelengkan. Baru kerja sebagai pelayan dah berlagak. Sudahlah duit pelanggan itu yang digunakan untuk membayar gajinya, tetapi melayan orang macam pengemis meminta sedekah.
Petua orang tua, apabila makan di luar, lagakan lidah ke lelangit. Kalau geli, barulah boleh diminum. Raba juga bawah bekas minuman atau makanan. Jika minuman itu panas dan bawahnya sejuk atau sebaliknya, bermaksud ada ‘sesuatu’ yang diletakkan. Setelah itu, bacalah selawat dan doa makan.
Ketika tangan dihulur ke arah mug, entah bagaimana kedengaran bunyi cawan yang merekah. Tidak sampai 10 saat, tiba-tiba cawan terbelah dan air teh melimpah. Sedikit lagi air panas itu terkena pada seluar. Kepala diangkat dan mata tepat merenung ke arah lembaga itu tadi.

Lembaga itu berayun sekali lagi seperti monyet di dalam kandang. Mamak di kaunter cepat-cepat berlari dan tanya apa yang berlaku. Kepala digeleng sambil membayar duit teh tadi. Tetapi bayaran ditolak dengan alasan air tidak diminum dan mahu digantikan dengan minuman yang lain.
“Hmm, tak perlulah ganti. Biarlah,”

Tetapi sebelum keluar, sempat berpesan kepada mamak itu.
“Tolong buang botol yang kat atas tu dan perempuan tu sekali,” sambil jari menunjuk ke arah siling.
Mamak itu seolah-olah terkejut bila ada orang tahu akan muslihat pelarisnya.
Sebaik saja keluar dari kedai itu, terasa ada benda yang mengekori. Toleh ke kiri, kelihatan perempuan berjubah hitam itu tadi sedang mengekori. Nampaknya, tak dapat nak balik ke rumah terus. Mahu tak mahu, kaki terpaksa melangkah ke arah sebuah lagi kedai mamak.

Teh tarik halia dipesan dan ditambah dengan air mineral dan limau nipis. Badan menghadap ke belakang kedai, limau diperah ke dalam air mineral. Beberapa surah dibacakan beserta doa untuk keselamatan. Setelah menghabiskan air teh halia, kaki pelahan menuju ke arah kereta.
Bulu roma kembali tegak. Rupanya benda itu masih lagi mengekori.

Pelahan-lahan botol mineral dibuka dan air dimasukkan ke dalam mulut. Walaupun tidak kelihatan, namun deria keenam terasa bagaikan ada tangan yang ingin mencapai tengkuk. Semakin lama, semakin rapat.

Badan dikalih ke kiri dan serentak air dihembur keluar ke arah makhluk itu. Mungkin kerana terkejut, lembaga itu terus melompat ke arah lampu jalan raya dan terus bertenggek. Campuran air mineral dan limau disimpan. Beberapa pelanggan yang menyaksikan kejadian itu memandang pelik.
“Buat tak tahu je lah”

Bukan ini lembaga yang mengekori, tetapi hampir sama tanpa sabit panjang.
Langkah dipercepatkan ke arah kereta dan dengan pantas menghidupkan engin. Mata terus memandang lampu jalan. Ya, lembagai perempuan itu mash di situ. Bagai menunggu arahan tuannya.
Sepanjang perjalanan ke rumah, hati bertanya, apakah teruk sangat perniagaannya sehingga memerlukan bantuan daripada ‘luar’? Jika dilihat, pelanggannya memang ramai. Beberapa bulan dahulu pernah makan di sini dan ternyata juadahnya memang enak!

Apakah ketamakkan telah mengabui matanya? Wallahua’alam.. Kredit:- DakwatKhalifah
loading...
(TRENDING MALAYSIA) : TERLOPONG Mamak Tu Bila Aku Cakap “Tolong Buang Botol Yang Kat Atas Tu Dan Perempuan Tu Sekali” !!! (TRENDING MALAYSIA) : TERLOPONG Mamak Tu Bila Aku Cakap “Tolong Buang Botol Yang Kat Atas Tu Dan Perempuan Tu Sekali” !!! Reviewed by suka hati on 5:18 pm Rating: 5
Powered by Blogger.