facebook KLIK PANGKAH UNTUK TUTUP Button Close
loading...

ALLAHUAKBAR!!! Makkah Nyaris DIBEDIL Peluru Berpandu Militan !! DOAKAN SEMOGA MAKKAH TERUS SELAMAT... AAMIIN...

Makkah Nyaris DIBEDIL Peluru Berpandu Militan !!! | RIYADH – Tentera Arab Saudi dilaporkan berjaya memintas sebuah peluru berpandu dilancarkan dari wilayah dikuasai pemberontak Syiah Houthi di Yaman untuk menuju ke kota suci Makkah.


Media tempatan melaporkan, pemberontak disokong Iran itu dikesan melancarkan peluru balistik jenis Scud buatan Rusia yang dikenali sebagai Burkan-1 pada jam 9 malam Khamis waktu Arab Saudi (2 pagi Jumaat waktu Malaysia)

Ia dipercayai ditembak dari wilayah Saada, kira-kira 544 kilometer dari Makkah namun sistem pertahanan udara Arab Saudi berjaya memintas dan memusnahkannya 65 kilometer sebelum sempat menuju ke lokasi sasaran.

Kementerian Pertahanan di sini berkata, serangan itu tidak menyebabkan sebarang kerosakan. Jurucakap tentera, Mejar Jeneral Ahmed Asiri menuduh Iran dan pengganas Syiah Hezbollah sebagai dalang misi serangan tersebut.

Kedua-dua pihak berkenaan dipercayai menyokong Houthi malah melatih pemberontak Yaman tersebut dalam penggunaan teknologi senjata canggih untuk melancarkan serangan peluru berpandu jarak jauh sedemikian.
Dalam pada itu, agensi berita tempatan Saba melaporkan jurucakap Houthi mengesahkan serangan berkenaan, tetapi mendakwa ia sebenarnya konon disasar kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz di Jeddah.

Mereka menjelaskan, sasaran peluru berpandu yang diubah suai itu ditetapkan untuk memusnahkan terminal lapangan terbang paling sibuk di Arab Saudi tersebut dan bukan Masjidil Haram kira-kira 60 kilometer dari situ.


Namun dakwaan Houthi itu diragui kerana ini bukan kali pertama peluru balistik ditembak menuju Makkah atau kawasan sekitarnya sebagai kempen balas dendam atas siri serangan tentera bersekutu yang diketuai Arab Saudi.
Awal bulan ini, agensi berita rasmi SPA melaporkan satu peluru berpandu dilancarkan Houthi dari sempadan Yaman ke arah pangkalan udara Arab Saudi di Taif kira-kira 111 kilometer dari masjid terbesar umat Islam itu.

Kementerian Luar Yaman dalam pada itu mengutuk keras serangan tersebut sebagai bukti Houthi memang tidak mahu kepada usaha perdamaian dan menjadi ‘alat’ pemerintah Syiah Iran untuk memusnahkan negara berkenaan.

Liga Arab turut mengecam insiden itu manakala Al Azhar, institusi pengajian Sunnah terulung di Kaherah, Mesir menyifatkan serangan jahat tersebut tidak dilakukan oleh penganut Islam yang waras.



Sumber : Mynewshub
loading...
ALLAHUAKBAR!!! Makkah Nyaris DIBEDIL Peluru Berpandu Militan !! DOAKAN SEMOGA MAKKAH TERUS SELAMAT... AAMIIN... ALLAHUAKBAR!!! Makkah Nyaris DIBEDIL Peluru Berpandu Militan !! DOAKAN SEMOGA MAKKAH TERUS SELAMAT... AAMIIN... Reviewed by suka hati on 6:52 pm Rating: 5
Powered by Blogger.