facebook KLIK PANGKAH UNTUK TUTUP Button Close
loading...

(INFO VIRAL) : Ramai Kaum Wanita Tak Tahu ! Ini Punca Sebenar Anda Tak Boleh Tinggalkan Rumah Lepas Diceraikan

Ramai Kaum Wanita Tak Tahu ! Ini Punca Sebenar Anda Tak Boleh Tinggalkan Rumah Lepas Diceraikan

Ramai Kaum Wanita Tak Tahu ! Ini Punca Sebenar Anda Tak Boleh Tinggalkan Rumah Lepas Diceraikan

Ramai Kaum Wanita Tak Tahu ! Ini Punca Sebenar Anda Tak Boleh Tinggalkan Rumah Lepas Diceraikan

Melaka: Wanita yang dicerai diingatkan tidak meninggalkan rumah sehingga habis tempoh edah demi kepentingan tuntutan nafkah. Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia Tan Sri Ibrahim Lembut berkata, wanita berkenaan mempunyai hak tidak meninggalkan rumah dan tinggal bersama anak-anak.

Katanya, wanita ini boleh membuat laporan sekiranya diusir keluar dan mereka boleh memohon untuk terus tinggal di rumah yang didiami melalui proses yang akan dilakukan peguam syarie.


"Salah prinsip apabila seorang wanita itu keluar rumah sebaik diceraikan suami. Sekalipun bercerai, mereka kena duduk di situ (rumah) selagi tidak dihalau suami," katanya selepas Majlis Pentauliahan Peguam Syarie Negeri Melaka kali ke-2 tahun 2016 di sini, hari ini. Ibrahim berkata, wanita yang dicerai dan diusir keluar dari rumah perlu membuat laporan kepada pihak berkuasa termasuk Jabatan Agama Islam, Mahkamah Syariah dan polis.

Beliau berkata laporan berkenaan sebagai bukti isteri yang diceraikan dianiaya bagi memudahkan proses mendapatkan pembayaran nafkah daripada suami.

Sementara itu, beliau berkata pembayaran nafkah oleh suami adalah wajib dan dosa besar jika ia tidak dijelaskan dengan sempurna. "Golongan suami yang enggan membayar nafkah boleh dihukum penjara. Sekiranya nafkah sebulan tidak dibayar, mereka boleh dipenjara selama sebulan," katanya.

Ibrahim bagaimanapun berkata, pembayaran nafkah itu boleh ditangguhkan sementara jika bekas suami menghadapi masalah kewangan.

Beliau berkata Mahkamah Syariah akan membantu suami yang mempunyai masalah untuk membayar nafkah, daripada dana diperuntukkan kerajaan pusat yang dipanggil Dana Bahagian Sokongan Keluarga.
loading...
(INFO VIRAL) : Ramai Kaum Wanita Tak Tahu ! Ini Punca Sebenar Anda Tak Boleh Tinggalkan Rumah Lepas Diceraikan (INFO VIRAL) : Ramai Kaum Wanita Tak Tahu ! Ini Punca Sebenar Anda Tak Boleh Tinggalkan Rumah Lepas Diceraikan Reviewed by suka hati on 10:58 pm Rating: 5
Powered by Blogger.